Bintang Bollywood yang kini berstatus antarabangsa, Priyanka Chopra, memilih untuk menyambut Hari Ibu dengan sederhana namun bermakna bersama suaminya, Nick Jonas, dan anak perempuan mereka, Malti Marie, di Central Park, New York.
Nick berkongsi momen indah itu di Instagram, memuat naik beberapa gambar candid yang mencuri perhatian peminat.
Pasangan ini dilihat menikmati perkelahan ringkas di taman, lengkap dengan hiasan meja yang anggun dihiasi bunga putih. Momen mesra mereka bersama Malti nyata menyentuh hati peminat yang membanjiri ruangan komen dengan pujian dan ucapan Hari Ibu.
Sebagai info, Priyanka dan Nick mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dalam satu majlis megah di India yang menggabungkan upacara Kristian dan Hindu. Mereka menyambut kelahiran Malti menerusi kaedah surogasi pada Januari 2022. – BOOM!









