Sudah lebih setahun berlalu sejak kontroversi tangkap khalwat melibatkan pelakon Ruhainies, namun pelbagai kecaman masih menghujani akaun media sosial miliknya hingga ke hari ini.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Ruhainies tampil menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak membalas serangan ‘haters’ di Instagram.

Menurutnya, dia menganggap kebanyakan netizen yang meninggalkan komen negatif sebenarnya mungkin hanya bosan dan tidak bahagia dalam hidup mereka.
“Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ini. Nak marah tapi kadang comel juga. Mungkin mereka pun bosan dengan life ke apa,” tulisnya.
Tambah Ruhainies lagi, dia tidak menyimpan dendam atau perasaan benci terhadap mereka kerana menganggap komen negatif itu hanya mencerminkan keperibadian penulisnya sendiri.
“Kalau diorang sibuk atau gembira dengan hidup mereka, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat. Jadi saya husnuzon je la. Kalau rasa rimas ke apa, saya padam.
Nak benci tu tak la. Sebab apa yang deorang tulis tu melambangkan diri seorang sendiri. Sebab tu saya tak marah, lebih kepada simpati,” jelasnya.
Walaupun sering menerima kata-kata menyakitkan, Ruhainies memilih untuk kekal tenang dan teruskan hidup dengan positif. – BOOM!










