Jonathan Frizzy, atau lebih dikenali sebagai Ijonk, kini berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila ditetapkan sebagai suspek dalam kes penyalahgunaan vape yang mengandungi bahan terlarang jenis etomidate.
Nama kekasihnya, pelakon jelita Ririn Dwi Ariyanti, turut menjadi tumpuan selepas berita mengejutkan itu tersebar.

Pada Isnin, 5 Mei 2025, Polresta Bandara Soekarno-Hatta secara rasmi menetapkan Ijonk sebagai suspek selepas siasatan terhadap tiga individu lain yang terdahulu ditahan kerana mengedar cecair vape berbahaya.
Berdasarkan hasil siasatan, Ijonk dikatakan terlibat secara langsung dan dipercayai mengurus penghantaran 40 daripada 100 cartridge vape dari Malaysia berdasarkan kandungan perbualan di kumpulan Whatsapp.
“Dia ditangkap di kediamannya di Bintaro ketika dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan,” menurut kenyataan pihak polis.
@blue.sky1353 JONATHAN FRIZZY RESMI DITETAPKAN SEBAGAI TERSANGKA ATAS KASUS UNDANG UNDANG KESEHATAN #jonathanfrizzy #jonathanfrizzytersangka ♬ Apa Itu Konsep Bahagia? – Ghea Indrawari
Berikutan itu, Ijonk kini berhadapan dengan tuduhan serius di bawah Akta Kesihatan Indonesia dan Kanun Keseksaan (KUHP), dengan hukuman maksimum 12 tahun penjara serta denda sehingga Rp500 juta.
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian masyarakat ialah reaksi dan peranan Ririn dalam menghadapi situasi getir ini. Ruang media sosial dipenuhi spekulasi dan persoalan tentang kesetiaan Ririn dalam mempertahankan hubungan mereka.
Sebelum ini, hubungan cinta antara Ijonk dan Ririn sering menjadi perhatian ramai. Walaupun berbeza kepercayaan agama, kedua-duanya dilihat terbuka dan saling menghormati, malah anak-anak mereka juga telah pun saling mengenali. Beberapa klip video yang memaparkan kemesraan mereka sering tular, sekaligus menunjukkan hubungan mereka berada pada tahap serius.
Namun, keluarga Ijonk pernah tampil menafikan khabar angin mengenai perkahwinan mereka, menjelaskan bahawa video yang tular hanyalah kejutan ulang tahun untuk Ririn.
Kini kes ini menjadi perhatian ramai, dan ramai yang tertanya-tanya – Adakah Ririn akan terus setia berdiri di sisi Ijonk saat cinta mereka diuji sedemikian hebat, atau mungkinkah dia memilih untuk membawa diri dan menjauh demi menjaga nama dan emosinya sendiri? – BOOM!










