Lisa BLACKPINK mencuri perhatian dunia di Coachella 2025 dengan persembahan solo yang bukan biasa-biasa — malah cukup gah hingga para peminat menamakan pentas itu sebagai “Lisachella”!
Bintang K-pop kelahiran Thailand ini tampil penuh karisma, membawakan lagu baharunya Elastigirl serta deretan lagu hit lain yang menggoncang padang gurun California.
Peminat turut memuji vokal langsung Lisa ketika sesi soundcheck yang sempat dirakam dan menjadi tular di media sosial. Ramai mengagumi bagaimana Lisa “benar-benar memiliki pentas” pada malam bersejarah itu.
lisa wearing custom look by michael schimdt studios, shorts by zana bayne, styled & designed by brett alan nelson at coachella pic.twitter.com/9Nzy1fBgPH
— ❦ (@modelsdiaryy) April 12, 2025
Apa yang lebih mencuri perhatian, dua ahli BLACKPINK lain, Rosé dan Jisoo, turut kelihatan di tengah khalayak, bersorak dan memberi sokongan kepada Lisa sepanjang persembahan berlangsung.
#ROSÉ spotted at Coachella supporting #LISA
THAICONIC LISA COACHELLA #LISACHELLA #Coachella2025 pic.twitter.com/wSCGPQlx8o
— ROSÉ DAYS (@ROSEDAYS) April 12, 2025
Selain Lisa, barisan artis mega lain turut mewarnai Coachella tahun ini seperti Lady Gaga, Travis Scott, Green Day, Post Malone, dan Megan Thee Stallion, serta wakil Asia seperti Hanumankind, Indo Warehouse dan ENHYPEN dari Korea Selatan.
Untuk perkembangan lain, Lisa kini juga melebarkan sayap dalam dunia lakonan, membuat kemunculan sulung menerusi drama komedi HBO, The White Lotus 3 sebagai watak Mook, seorang guru kesihatan. Siri popular ciptaan Mike White itu kembali dengan musim ketiga sejak 16 Februari lalu. – BOOM!