Filem aksi paling dinanti, ‘Mission: Impossible – The Final Reckoning‘ yang dibintangi lagenda Hollywood Tom Cruise, bakal ditayangkan Out of Competition di Festival Filem Cannes ke-78.
Menurut kenyataan rasmi pihak penganjur, tayangan perdana filem kelapan dalam francais perisik popular itu akan berlangsung di Grand Theatre Lumiere pada 14 Mei.
Tom Cruise, yang turut bertindak sebagai penerbit, akan menjejak kaki ke permaidani merah Palais des Festivals bersama pengarah dan penulis skrip yang juga rakan lama, Christopher McQuarrie, serta barisan pelakon utama.
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Hayley Atwell, Esai Morales, Henry Czerny, Simon Pegg, Pom Klementieff, Vanessa Kirby, Hannah Waddingham, Nick Offerman, Katy O’Brian dan Tramell Tillman.
Sebelum ini, Tom Cruise pernah menghadiri Festival Filem Cannes menerusi filem ‘Far and Away‘ arahan Ron Howard pada 1992, dan ‘Top Gun: Maverick‘ pada 2022.
Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures dan Skydance, dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh India pada 23 Mei dalam versi Bahasa Inggeris, Hindi, Tamil dan Telugu termasuk dalam format IMAX.
Festival Filem Cannes tahun ini berlangsung dari 13 hingga 24 Mei, dengan pelakon legenda Perancis, Juliette Binoche, sebagai Presiden Juri untuk pertandingan utama. – BOOM!