Disney dilaporkan menghentikan sementara projek filem live-action Tangled susulan prestasi hambar filem remake Snow White di pawagam global.
Menurut The Hollywood Reporter, segala kerja pra-produksi untuk adaptasi live-action Tangled kini dibekukan, walaupun sebelum ini diumumkan pada Disember 2024 bahawa pengarah The Greatest Showman, Michael Gracey dan penulis Thor: Love and Thunder, Jennifer Kaytin Robinson telah dipilih untuk mengemudi projek berkenaan.
Tangled, animasi yang diterbitkan pada 2010 dengan suara Mandy Moore sebagai Rapunzel dan Zachary Levi sebagai Flynn Rider, telah mengutip lebih $592.5 juta di seluruh dunia — jauh berbeza dengan nasib Snow White yang hanya meraih sekitar $145.7 juta walaupun menelan bajet mencecah $270 juta.
Kontroversi juga mula melanda Snow White sejak sebelum produksi lagi, menyebabkan Disney kini dikatakan sedang menilai semula strategi untuk mengadaptasi semula filem-filem animasi klasik mereka ke versi live-action.
Walaupun projek Tangled dibekukan, Disney masih meneruskan beberapa projek live-action lain termasuk Lilo & Stitch yang dijadualkan tayang pada 23 Mei 2025, serta Moana pada 10 Julai 2026. – BOOM!