Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar mengejutkan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab di khalayak umum.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khadija, 24, mengakui bahawa keputusan ini bukan sesuatu yang mudah baginya kerana dia telah bergelut dengan konflik dalaman selama bertahun-tahun.
“Saya telah memilih untuk tidak lagi memakai tudung. Pilihan ini tidak datang dengan mudah. Ia hadir selepas bertahun-tahun mencuba yang terbaik, bergelut dengan konflik dalaman dan menyimpan rasa yang mendalam tentang makna hijab,” luahnya.
Tambahnya lagi, dia kini berada pada satu fasa di mana dirinya sudah bersedia menerima perubahan dalam hidup.
“Saya telah sampai di satu tahap di mana saya bersedia untuk menerima perubahan, berubah dan melakukan apa yang saya rasa benar dalam kehidupan saya.”
Sebagai wanita pertama berhijab di pentas Miss World dan Miss Universe, Khadija turut berpesan kepada gadis asal Somalia agar tidak takut untuk membuat keputusan sendiri.
Sebagai info, Khadija sebelum ini mencipta sejarah sebagai peserta Muslim pertama yang mengenakan hijab di pentas Miss World dan Miss Universe.
Beliau juga berjaya menempatkan diri dalam kedudukan Top 13 ketika pertandingan Miss World 2021. – BOOM!