Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V]“Tiada Lagi Masakan Warna-Warni” — Ridzuan Ridzokumura Rindu Isteri Tercinta

20/03/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Exposé, Selebriti
[V]“Tiada Lagi Masakan Warna-Warni” — Ridzuan Ridzokumura Rindu Isteri Tercinta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hampir sebulan selepas kehilangan isteri tercinta, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, masih merindui sentuhan dan masakan istimewa arwah isterinya, Akiko Okumura.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ridzuan meluahkan rasa pilu apabila tiada lagi hidangan berwarna-warni yang selama ini disediakan buat dirinya dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.

@ridz_okumuraTiada lagi hidangan color2 seperti ini,untuk saya dan sky,arwah tak bagi saya tolong apa yg dia nk buat,dia suka buat sendiri,sampai kan pinggan mangkok pun dia tak bagi saya cuci,kalau saya cuci dia akan cuci balik,pembantu rumah pun dia tak nk,kecuali setiap hari jumaat 4jam sahaja,pembantu rumah dtg,tu pun sebelum pembantu dtg,dia akan pastikan rumah bersih,pembantu cuma mop,sapu,lap2 ceremin dan iron baju selebih nya semua arwah yg buat,mulia sungguh hati arwah,sebelum pembantu dtg,dia akan sedia kan makan dan minuman untuk pembantu,Alfatihah buat Arwah isteri ku yg ku sayangi,dlm hidup arwah kereta,driver apa2 pun dia tak nk,cuma dia nk saya,sky dan mak dia, yg paling arwah suka adalah travelling ✈️ Alfatihah permisuri hatiku❤️

♬ original sound – pencarilagu

“Tiada lagi hidangan berwarna-warni seperti ini untuk saya dan Sky,” luahnya sebak.

Tambah Ridzuan, arwah isterinya seorang yang sangat berdikari dan tidak suka membebankan orang lain.

“Arwah tak bagi saya tolong apa yang dia nak buat, dia suka buat sendiri. Sampaikan pinggan mangkuk pun dia tak bagi saya cuci. Kalau saya buat juga, dia akan cuci balik,” katanya, mengimbau kenangan.

Ridzuan turut berkongsi, walaupun mempunyai pembantu rumah, arwah tetap mahu melakukan hampir semua kerja rumah sendiri.

“Pembantu rumah pun dia tidak mahu, kecuali setiap hari Jumaat, itu pun hanya empat jam sahaja. Sebelum pembantu datang, dia akan pastikan rumah bersih. Pembantu cuma mop, sapu, lap cermin, dan seterika baju. Selebihnya semua arwah yang buat.

Mulia sungguh hati arwah. Malah, sebelum pembantu datang, dia sediakan makan minum untuk pembantu,” jelas Ridzuan.

Perkongsian ini telah menyentuh hati ramai netizen yang memuji sifat arwah Akiko yang rajin, penyayang, dan merendah diri.

Terdahulu, Akiko, 51, meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya pada 28 Februari lalu. Polis kemudian mengesahkan arwah merupakan wanita warga Jepun yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium. Pihak berkuasa juga mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.

Semoga Ridzuan dan Sky terus diberikan kekuatan menghadapi kehilangan besar ini. – BOOM!

Previous Post

[V]Aisyah Hijanah Umum Hamil Anak Keempat, Reaksi Spontan Suami Bikin Geli Hati!

Next Post

[V]”Ramadan Paling Sunyi..” – Ananda Natasha Menangis Berpuasa Sendirian Tanpa Keluarga

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd