Bintang global Jin BTS akhirnya melangkah ke dunia lakonan, dan peminat tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka!
Debut lakonannya dalam iklan Otoki’s Jin Ramen bukan sekadar iklan biasa tetapi penuh dengan aura sensualiti dan optimisme yang menjadikannya topik hangat di media sosial.
Sejak iklan itu dilancarkan, peminat telah membanjiri platform media sosial dengan komen penuh kekaguman.
“Tak percaya kita akhirnya dapat tengok ‘Aktor Jin’ pada 2025!” tulis seorang peminat teruja.
Jin, yang selama ini dikenali dalam industri muzik sebagai vokalis BTS, kini menunjukkan sisi berbeza dirinya. Kejayaannya dalam dunia lakonan mungkin baru bermula, tetapi impaknya sudah cukup besar.
Adakah ini petanda Jin akan terus melebarkan sayap dalam dunia lakonan selepas ini? Sama-sama kita nantikan. – BOOM!