Pelakon Atikah Suhaime mencuri perhatian apabila mendedahkan bahawa dia memilih untuk mengambil bius epidural ketika melahirkan anak sulungnya, Lyla Mulan Teh, pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan trauma ketika bersalin.
@atikahsuhaimeeee Siapa first time mum kat sini? Samalah kiter #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia #newmum #swaddle ♬ original sound – TikaMe
“Saya sebenarnya induce sebab susah nak pantau pergerakan baby. Asyik datang hospital sebab panik baby tidak gerak tetapi semua adalah false alarm.
Disebabkan itu, doktor cadangkan supaya induce. Saya tidak bersedia secara mental untuk lahirkan anak lebih awal.
Lahir pakai epidural memang selesa, sakit rasa macam nak buang air besar sahaja,” jelasnya.
Menurut isteri kepada Datuk Lokman Teh ini, biarpun mengambil epidural, dia tetap dapat menikmati pengalaman bersalin seperti ibu-ibu lain.
“Alhamdulillah sebab tidak terlalu sakit, saya boleh mendengar arahan dengan tenang.
Kalau ibu-ibu di luar sana pertama kali nak bersalin normal, epidural sangat-sangat penting untuk elakkan trauma dan koyak.
Tiada istilah tidak dapat rasa nikmat beranak,” katanya.
Bagaimanapun, di ruangan komen, perkongsian Atikah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri, tetapi tidak kurang juga yang mengecam tindakannya mengambil epidural dengan berkongsi mitos mengenai bius tersebut.
Lebih mengejutkan, ada yang lebih sibuk mempertikaikan bentuk perutnya selepas bersalin, mendakwa ia masih tidak kempis seperti yang dijangka. – BOOM!