Los Angeles menjadi saksi momen penuh emosi di pentas Oscars 2025 apabila Ariana Grande dan Cynthia Erivo tampil memukau dengan persembahan lagu Defying Gravity. Persembahan mereka begitu menyentuh hati hingga membuatkan Michelle Yeoh tidak dapat menahan air mata.
Malah, pelakon kelahiran Malaysia itu turut memberikan standing ovation sebaik sahaja persembahan berakhir.
Michelle Yeoh crying after Ariana Grande & Cynthia Erivo’s performance at the #Oscars . pic.twitter.com/YZZcDTllfU
— Anhedonia (@randomthingxs) March 3, 2025
Sebuah video yang kini viral di media sosial menunjukkan Michelle Yeoh menitiskan air mata, jelas terpukau dengan kehebatan vokal dan chemistry antara Ariana dan Cynthia. Netizen juga tidak ketinggalan meluahkan rasa kagum terhadap reaksi penuh emosi bintang Everything Everywhere All at Once itu.
Sementara itu, Cynthia Erivo turut bersaing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Oscars tahun ini menerusi lakonannya dalam filem Wicked.
Di samping itu, hos Oscars 2025, Conan O’Brien mencuri tumpuan apabila mengejutkan ramai dengan bertutur dalam bahasa Hindi ketika memberi ucapan kepada rakyat India. Namun, dia juga sempat menyelitkan ‘sindiran’ kepada bintang Emilia Perez, Karla Sofia Gascon dalam monolog pembukaannya.
Oscars 2025 sememangnya penuh dengan kejutan dan momen indah, tetapi persembahan Ariana Grande dan Cynthia Erivo nyata menjadi antara detik yang paling diingati. – BOOM!