Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, seakan memberi bayangan bahawa suaminya bakal menambah satu lagi cawangan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam berkongsi video suaminya sedang berbual di telefon dengan individu yang dipercayai bakal madunya.
“Jauh datang dari KL sampai ke Pantai Timur ni kan. Call saja, tak tahu la apa yang di call. Asyik bergaduh saja, belum kahwin lagi sudah bergaduh, macam mana tu?” luahnya.
Nilam turut mendakwa sering melihat suaminya berkomunikasi dengan wanita berkenaan dalam keadaan tegang.
“Macam ni ya laki orang bercinta? Nampak telefon dekat tangan, tapi kalau cakap elok-elok tak apa, asyik nak gaduh saja.”
Dalam nada yang tenang tetapi penuh makna, Nilam juga menasihati kaum wanita agar memilih lelaki yang benar-benar menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.
@puan_nilamortizHati ada sedikit perit macam tersedak makanan, doakan ye korang♬ original sound – puan nilam ortiz
“Perempuan, korang kena cari lelaki yang sayangkan korang lebih daripada dia sayangkan diri dia. Kalau tak, dia akan jadi macam Abang Lan. Paksa kahwin, nak kahwin, nak kahwin. Okay akak bagi, tak ada masalah.”
Namun, dia mengakui situasi itu tetap meninggalkan kesan dalam hatinya.
“Sebenarnya perit juga hati ni. Tapi tu lah, semua atas abang Lan sekarang ni. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah yang baik-baik datang kat kita.”
Sehingga kini, Azlan Komeng belum memberi sebarang kenyataan berhubung isu ini. – BOOM!