Will Smith sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil beraksi mesra bersama penyanyi Sepanyol, India Martínez di pentas Premio Lo Nuestro di Miami.
Ketika menyanyikan lagu First Love, bintang Fresh Prince itu bukan sahaja menari mesra dengan India, malah mereka saling berpelukan diiringi sorakan gemuruh penonton. Beberapa foto di belakang pentas turut menunjukkan India melompat ke dalam pelukan Will dan merangkul erat pinggangnya.
Aksi mesra mereka mendapat pelbagai reaksi daripada peminat di media sosial. Rata-rata netizen menganggap interaksi itu sebagai sesuatu yang “tidak wajar” dan mempersoalkan batasan Will memandangkan status perkahwinannya yang penuh tanda tanya bersama Jada Pinkett Smith.
Sebagai info, Will dan Jada mendedahkan pada 2023 bahawa mereka telah berpisah sejak 2016 tetapi masih belum bercerai secara rasmi. Menurut sumber kepada PEOPLE, pasangan itu “hidup secara berasingan tetapi belum memutuskan hubungan sepenuhnya”. Malah, terdapat laporan bahawa Jada memiliki rumah sendiri berdekatan kediaman Will di California.
Sama ada sekadar persembahan atau sesuatu yang lebih, momen mesra Will dan India di pentas terus menjadi bualan hangat. – BOOM!