Pelakon Fattah Amin tampil menafikan dakwaan bahawa dia telah bertunang dengan penyanyi Amira Othman.
“Ia tak betul. Saya pun terkejut bagaimana tiba-tiba timbul ‘rumour’ ini. Saya hanya tahu dari rakan media, nak tergelak pun ada,” katanya ketika ditemui di majlis Amber Raya Romantics semalam.
Menurutnya, pengurusnya juga menghubungi pihak Amira untuk mendapatkan kepastian.
“Kami hanya kawan dan hubungan kami atas urusan kerja sahaja. Kalau betul bertunang, perkara ini tak boleh disorokkan,” katanya.
Fattah tidak pasti dari mana datangnya gosip ini tetapi berharap agar dirinya dilindungi dari fitnah.
“Kalau ada yang berniat buruk, saya tak tahu apa motifnya. Saya hanya berdoa Allah lindungi saya dari perkara tidak baik,” katanya.
Terdahulu, gosip mendakwa Fattah dan Amira bertunang pada Jumaat lalu dan bakal bernikah pada Syawal nanti, hanya empat bulan selepas perceraiannya dengan Nur Fazura. – BOOM!