Perkahwinan Nick Jonas dan Priyanka Chopra semakin utuh selepas lebih lima tahun bersama. Menurut sumber kepada Life & Style, rahsia hubungan mereka yang bertahan lama adalah kebijaksanaan Nick dalam belajar dari kegagalan perkahwinan abangnya, Joe Jonas, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
“Nick bukan abang sulung dalam keluarga Jonas, tetapi dia adalah pemimpin yang mengatur segalanya. Ketelitian dan sikap perfeksionisnya dalam muzik turut terbawa dalam perkahwinannya,” dedah seorang rakan rapat pasangan itu.
Jika dibandingkan dengan Joe, yang perkahwinannya dengan Sophie Turner berakhir dengan perebutan hak penjagaan anak pada 2023, Nick lebih berhati-hati dalam rumah tangganya.
“Dia bukan suami yang perlu disuruh untuk melakukan kerja rumah. Sebaliknya, dia sendiri menetapkan standard tinggi sebagai suami dan pasangan,” tambah sumber tersebut.
Priyanka lebih gemar mengembara dan bertemu orang baru, manakala Nick lebih suka berada di rumah. Namun, walaupun berbeza, mereka saling melengkapi.
Pasangan ini baru-baru ini kelihatan bahagia menghadiri majlis perkahwinan adik Priyanka, Siddharth Chopra, dengan pelakon Bollywood, Neelam Upadhyaya di India. Mereka dilihat menari dan meraikan detik indah itu, mengimbau kembali kenangan perkahwinan mewah mereka pada 2018.
Menurut sumber, “Nick lebih menghargai perkahwinannya berbanding kariernya, yang mana ia bukan perkara kecil bagi seseorang yang bekerja sekeras Nick.”
Dia juga belajar banyak dari perpisahan Joe dan Sophie, dan akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan rumah tangganya mengalami nasib yang sama. – BOOM!