Peminat BTS kini heboh di media sosial dengan harapan bahawa J-Hope bakal berkolaborasi dengan rapper terkenal Amerika, Kendrick Lamar!
Spekulasi ini tercetus selepas J-Hope beberapa kali memuat naik hantaran di media sosial yang menampilkan muzik Kendrick Lamar. Keadaan semakin hangat apabila J-Hope menggunakan muzik dari persembahan Super Bowl terbaru Kendrick Lamar untuk video TikToknya dan video tersebut terus tular!
Watch on TikTok
Peminat semakin teruja dan mula berkongsi harapan mereka untuk melihat J-Hope dan Kendrick Lamar bergabung dalam projek solo J-Hope yang akan datang.
Adakah ini petanda kolaborasi epik sedang dalam perancangan? Sama-sama kita nantikan! – BOOM!