Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen percutian bersama keluarganya di Switzerland, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Syamsul dilihat meluangkan masa bersama bapa dan ibunya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, serta dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat hubungan kekeluargaan mereka semakin erat. Ramai juga yang menitipkan doa agar kasih sayang antara mereka terus kekal.
“Seronok tengok keluarga ini kembali bersatu. Kasih ibu bapa tiada pengganti!” komen seorang netizen.
Sebelum ini, Datin Patimah turut berkongsi bahawa Syamsul sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun tidak pulang ke rumah. Perkongsian tersebut memberi bayangan bahawa hubungan Syamsul dengan ibu bapa serta bekas isterinya, Puteri Sarah, semakin baik demi anak-anak. – BOOM!