Pelakon Kamal Adli menafikan dakwaan bahawa dia dan isterinya, Uqasha Senrose, hadir ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Dengan tegas, Kamal menolak spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa perceraian bukanlah pilihannya.
“Doakan yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk saya ke tahap itu (bercerai). Insya-Allah tidak, saya sayang anak dan isteri saya,” katanya.
Menurut Kamal, hubungan mereka masih baik tanpa sebarang masalah besar. Dia juga menjelaskan bahawa dakwaan itu hanyalah andaian orang luar yang tidak mengetahui situasi sebenar.
“Alhamdulillah setakat ini kami okey, tiada masalah,” tambahnya, sambil menyatakan bahawa dia kini memberi lebih fokus kepada keluarga selepas sibuk dengan kerja.
Walaupun cuba mengabaikan gosip, Kamal mengakui spekulasi tersebut mengganggu emosi mereka, lebih-lebih lagi apabila keluarga terdekat turut bertanya.
“Terganggu sebab ramai orang bertanya, sampai ibu saya dan keluarga Uqasha pun tanya ada masalah ke?” ujarnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira. Kamal berharap agar spekulasi tidak berasas ini dapat dihentikan dan dia hanya mahu terus membahagiakan keluarganya. – BOOM!