Usahawan Noor Nabila menegur segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur fitnah mengenai hubungannya dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.
Dalam satu siaran langsung di Instagram, Nabila, 40, berang dengan andaian netizen tentang percutiannya di French Alps, Perancis bersama keluarga kecilnya.
@milahbunga Aiyoooooookk firstime tengok Nabila marahhh #fyp #fypage #foryou #foryoupageofficiall #fyppppppppppppppppppppppp #noornabila #sharnaazahmad #atishakhan ♬ original sound – Milah Bunga
“Kami ini tidak rujuk, tidak kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik,” tegasnya.
Menurutnya, ada netizen yang lebih suka melihat pasangan bergaduh di media sosial berbanding mengekalkan hubungan baik.
“Yang elok macam kami, macam-macam fitnah,” luahnya lagi.
Nabila juga berharap agar orang ramai tidak meninggalkan komen yang boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarganya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap matang Nabila dan Sharnaaz yang tetap menjaga hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden. – BOOM!