Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tampil Dalam Filem Deleted, Fattah Amin Akui Tertekan – “Jangan Samakan Dengan Mat Kilau!”

21/09/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Tampil Dalam Filem Deleted, Fattah Amin Akui Tertekan – “Jangan Samakan Dengan Mat Kilau!”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Fattah Amin mengakui tertekan dengan harapan tinggi penerbit dan peminat terhadapnya ekoran kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencecah kutipan hampir RM100 juta.

Tambah Fattah, 32, yang membawakan watak Awang dalam filem berkenaan, tekanan tersebut semakin dirasai selepas filem terbaharunya Deleted: Akan Ku Jejak mula ditayangkan di pawagam sejak 15 September lalu.

“Saya bersyukur dengan kejayaan filem Mat Kilau. Pelakon, pengarah dan penerbitnya sendiri tidak menjangka akan mendapat kutipan sebanyak itu.

Menerusi naskhah Deleted, Fattah sekali lagi membawakan watak sebagai seorang anggota polis.

“Memang seronok melihat penerimaan penonton terhadap Mat Kilau, tetapi dalam masa sama saya berasa tertekan kerana karya seterusnya sudah pasti peminat mengharapkan di tahap sama atau lebih baik.

“Justeru, saya berharap agar peminat tidak menyamakan filem Mat Kilau dan Deleted.

“Walaupun genrenya aksi tetapi ia dua buah karya berbeza dan memiliki sasaran penonton tersendiri. Harap penonton berikan sokongan,” ujar Fattah.

Lakonannya sebagai Awang dalam filem Mat Kilau sebelum ini mendapat pujian penonton.

Fattah turut menjelaskan mesej berat tentang isu pemerdagangan manusia dan kanak-kanak yang ingin disampaikan kepada penonton antara tarikan utama menyebabkannya terlibat dalam karya arahan Ken Ng Huang Laifa, pengarah dari Singapura itu.

“Saya rasa terpanggil untuk berlakon filem ini kerana mesejnya adalah isu yang serius dan berlaku di seluruh dunia.

“Tidak boleh bayangkan jika anak atau kaum keluarga sendiri tiba-tiba hilang diculik. Sindiket ini menculik, membunuh dan menjual organ kanak-kanak di pasaran gelap.

Deleted mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 15 September lalu.

“Selain berlakon, saya mahu sampaikan mesej dan beri kesedaran kepada orang ramai tentang isu ini. Jika mendapat kutipan yang bagus, ia satu bonus,” tutur Fattah yang memegang watak seorang anggota polis.

Selain Fattah, karya terbitan produksi Singapura itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Pablo Amirul, Tian Xin, Zhu Houren, Liang Zhiqiang dan Xu Liangyu. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] Sesudah Lima Tahun, Akhirnya Aishah Dapat Hadiah GV – “Bukan Soal Tamak, Ini Hak!”

Next Post

Syok Berlakon, Anas Belum Fikir Nak Nyanyi Semula – “Saya Tak Lupa Jasa Faizal Tahir”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd