Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Berhenti Cakap Fasal Wajah Saya” – Sharifah Husna Mahu Bakat Jadi Sandaran

24/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Eksklusif, Selebriti
“Berhenti Cakap Fasal Wajah Saya” – Sharifah Husna Mahu Bakat Jadi Sandaran

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kehadiran pelakon jelita, Sharifah Husna ke kancah industri lakonan bukan saja mendapat respons positif dari kalangan pengkarya seni sendiri yang kagum akan bakatnya, bahkan turut mencuri perhatian peminat dunia seni hiburan tempatan.

Enggan wajah eksotiknya terus menjadi bualan hangat, Husna atau Sharifah Husna Syed Faizal mahu bakat lakonan dimiliki menjadi sandaran utama untuk dia terus membuktikan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Menceritakan pengalamannya bergelar anak seni, Husna akui darah kacukan yang mengalir di dalam tubuhnya sering dijadikan topik perbualan sama ada secara bersemuka mahupun menerusi penerbitan artikel oleh media-media tanah air.

“Bagaimanapun, itu adalah hak mereka untuk bercakap apa saja. Saya tidak boleh menghalang untuk mereka terus memperkatakan tentang hal itu.

“Lumrah manusia, selagi belum mengenali antara satu sama lain secara lebih mendalam, aspek luaran atau fizikal adalah topik mudah untuk dijadikan bahan bicara umum,” jelas Husna yang akur dengan situasi dihadapinya.

Pun begitu, setelah dua tahun membintangi pelbagai drama dengan aneka watak, menurut Husna, sudah tiba masanya untuk khalayak mula berbicara tentang kewibawaannya dalam menggalas peranan sebagai pelakon.

Ujarnya, sesiapa pun akan cepat berasa jemu jika asyik diperkatakan soal sama saja oleh masyarakat luar.

“Apabila situasi ini berlaku, seolah-olah saya tidak meninggalkan sebarang impak dalam karier seni saya.

“Namun kebelakangan ini, saya perasan senario itu sudah berubah. Saya bersyukur kerana akhirnya bakat lakonan yang dipertaruhkan selama ini mula menjadi sebutan,” beritahu Husna sambil memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi.

Tampil beraksi dalam filem sulungnya berjudul Sabda Kekasih, Husna amat berterima kasih kepada pihak penerbitan yang meletak kepercayaan kepadanya untuk mendukung watak seorang gadis muslimah.

“Peluang berdampingan dengan pasangan hero dan heroin ternama seperti Aeril Zafrel serta Wawa Zainal adalah detik keemasan yang sukar untuk dilepaskan.

“Tambahan pula, watak sebagai seorang muslimah bertudung labuh tetapi lucu adalah watak yang belum pernah saya lakonkan lagi. Itu antara faktor utama yang menjadikan filem ini istimewa,” maklumnya kepada Boom!.

Justeru, Husna berharap suatu hari kelak dia mampu membuktikan keupayaannya menjiwai bermacam-macam watak.

Sebagai pelakon baharu, Husna bersikap lebih terbuka dan tidak mahu amalkan sikap terlalu memilih dengan menerima apa saja watak ditawarkan.

“Apapun, saya akan pastikan setiap watak dijayakan dengan cara berbeza mengikut acuan tersendiri,” iltizamnya.

Previous Post

“PUBG Beri Saya Duit Ekstra” – Muna Shahirah Fokus Main Video Game

Next Post

“Biarlah Mereka Nak Gelar Saya Flower Boy” – Hazeeq Dean Tidak Terasa Hati

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd