Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Bukan Badi Judul Lagu” – Aliff Iskandar Perit Hadapi Ujian Covid-19

25/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Bukan Badi Judul Lagu” – Aliff Iskandar Perit Hadapi Ujian Covid-19

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

April lalu ternyata meninggalkan satu sejarah hitam dalam lembaran hidup penyanyi lagu Perit, Aliff Iskandar yang disahkan positif menghidap Covid-19.

Mengalami beberapa simptom jelas termasuk demam panas, sesak nafas, sakit kepala serta batuk berpanjangan, artis remaja itu akui pengalaman tersebut amat memeritkan.

Ketika ditemu bual Boom! baru-baru ini, Aliff atau nama sebenarnya Nor Aliff Iskandar Norazmi, 21, tidak menjangkakan judul debutnya itu mampu dikaitkan dengan keperitan dialami sebagai pesakit.

“Semua simptom saya alami. Selepas tiga kali saya pengsan di rumah, baru saya buat ujian calitan.

“Keperitan dilalui bukanlah disebabkan badi lagu pertama saya yang berjudul Perit. Ia cuma kebetulan sahaja.

“Saya pun tak terfikir judul lagu itu secara tak langsung memberi gambaran kepada situasi yang bakal saya hadapi,” jawabnya ringkas mengenai hal itu.

Lagu Perit yang dihasilkannya sendiri, manakala lirik hasil nukilan Iman Imran itu mula diperdengarkan sejak Oktober 2020 dan sehingga kini klip videonya telah ditonton hampir 1.4 juta kali.

Berbicara lanjut tentang penerimaan positif peminat terhadap karya nukilannya, Aliff enggan mendabik dada terlalu awal.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan, Indigital Music yang bertungkus-lumus memastikan lagu ini mendapat tempat di hati pendengar muzik tempatan.

“Alhamdulillah, apabila Perit diangkat menjadi lagu runut bunyi (OST) drama Perempuan Tanpa Dosa serta melatari beberapa produksi drama lain, sambutannya amat memberangsangkan,” syukurinya.

Ekoran kejayaan awal tersebut, Aliff yang juga seorang guru pendidikan khas itu mengakui telah menarik minat beberapa nama besar yang mahukannya menghasilkan lagu buat mereka.

Bagaimanapun menurut anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu, dia tidak mahu terburu-buru mengorak langkah sebagai anak seni.

“Saya tidak menolak untuk bekerjasama dengan sesiapa pun apatah lagi penyanyi berpengalaman dan ternama.

“Cuma pada permulaan ini, saya ingin menyusun perancanng sebaik-baiknya agar masa depan saya dalam bidang muzik mampu bertahan selama yang mungkin,” tambahnya menetapkan pendirian.

Previous Post

“Biarlah Mereka Nak Gelar Saya Flower Boy” – Hazeeq Dean Tidak Terasa Hati

Next Post

“Jangan Takut Kena Reject!” – Kuat Berangan, Meerqeen Rela Dilabel Mat Jenin

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd