Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Bukan Kecaman, Sekadar Teguran” – Bunga Isme Mohon Jangan Biadab

02/08/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Bukan Kecaman, Sekadar Teguran” – Bunga Isme Mohon Jangan Biadab

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Insiden lelaki yang dikenali dengan nama Carl Samsudin bertindak biadab terhadap seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan pada minggu lalu bukan saja menjadi bualan hangat warganet, bahkan turut mendapat perhatian serius penyanyi rap remaja, Bunga Isme.

Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari, 21, menjelaskan, dia mudah berasa sensitif apabila melihat orang tua diperlakukan sedemikian rupa.

“Kejadian itu tidak patut berlaku, apatah lagi dengan memuat naik video untuk dipertontonkan kepada khalayak di media sosial.

“Bahkan, sebagai pakar motivasi, dia seharusnya menunjukkan satu sikap yang boleh diteladani semua pengikutnya,” tegur Bunga dalam nada berhemah.

Penyanyi lagu Intan Payung berkenaan turut menegaskan, setinggi mana pun ilmu seseorang itu, jika tanpa adab, maka tetap tiada gunanya.

Bunga menambah, setiap anak pastinya dididik oleh ibu bapa mereka agar menghormati orang yang lebih tua.

“Ibu bapa saya mengajar dan mendidik saya supaya jangan sesekali meninggikan suara ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.

“Jadi, apabila saya menonton video dikongsinya itu, hati saya berasa sensitif dan tersentuh,” jelasnya.

Pada masa sama, mengulas tentang reaksinya menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Bunga menjelaskan tindakannya itu adalah sekadar teguran.

“Secara peribadi, saya cuma luahkan rasa yang terbuku di hati, bukan berniat untuk mengecam perbuatannya.

“Saya harap insiden tersebut dapat dijadikan iktibar demi kebaikan semua pihak,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Bunga berbangga apabila lagu Intan Payung yang dipersembahkan di sisi Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mendapat sambutan baik pendengar muzik tempatan.

“Respons diberikan ini jadi pemangkin kepada saya untuk terus memperjuangkan elemen muzik asli dan tradisi, sesuai dengan imej yang dibawa,” janjinya.

Previous Post

“Suka Hati Akulah Nak Pakai Apa Pun!” – Dottie Abraz Yakin Dirinya Kelihatan Cantik

Next Post

“Kami Memang Tak Pernah Gaduh” – Tampil Solo, Nine Akhirnya Tekad Tinggalkan Billy

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd