Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Kami Memang Tak Pernah Gaduh” – Tampil Solo, Nine Akhirnya Tekad Tinggalkan Billy

02/08/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Kami Memang Tak Pernah Gaduh” – Tampil Solo, Nine Akhirnya Tekad Tinggalkan Billy

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

“Mana Ada Kami Gaduh!” – Bergerak Solo, Nine Cuba Ikut Haluan Sendiri

Kembali aktif mewarnai persada muzik tempatan sejurus menyertai Gegar Vaganza musik kelima (GV5), Nine Zulkarnain mahu merencanakan karier nyanyiannya dengan lebih serius dan teliti.

Baru melancarkan lagu berjudul Rindumu Memanggilku pada April lalu, Nine akui dia mengambil masa agak lama untuk tampil dengan single baharu sementelah tiga tahun GV5 berakhir.

“Saya tidak kisah cepat atau lambat, asalkan nukilan yang dipertaruhkan mencapai tahap kualiti tertentu, bukan dihasilkan ibarat melepaskan batok di tangga,” jelas empunya nama Meor Zulkarnain Zamhuri, 39, itu.

Mempersembahkan karya sentuhan komposer ternama Ajai itu, Nine begitu yakin lagu berentak pop R&B berkenaan menjanjikan kelainan untuk halwa telinga pendengar muzik tempatan.

“Kemunculan semula saya bukanlah untuk menyaingi sesiapa, apatah lagilambakan penyanyi muda yang dilabel sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU).

“Selaku senior, saya sekadar mahu memeriahkan lagi industri seni suara ini bergerak seiringan dengan artis-artis lain tidak kira penyanyi baharu atau lama,” jelasnya menyuarakan tujuan.

Pada masa sama, memperjelaskan status duo Billy Zulkarnain, penyanyi tinggi lampai itu menegaskan gandingannya bersama Billy masih wujud dan tidak berpecah atau bergaduh seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Hubungan saya dengan Billy okey saja, sama seperti sebelum ini. Tidak timbul sebarang permasalahan antara kami berdua.

“Cuma sekarang ini, masing-masing bersetuju mengikut haluan sendiri demi membina karier solo,” ujar Nine di samping menyokong perjalanan illy yang lebih awal melancarkan single solonya bertajuk Cinta pada September 2020.

Terdahulu, sebelum kewujudan Billy Zulkarnain, mereka berdua adalah anggota asal kumpulan Phyne Ballerz di samping dua lagi ahli iaitu Munir dan Beego.

Bahkan, Nine juga sempat menganggotai kumpulan Ruffedge, tetapi cuma untuk seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk mengundur diri.

Previous Post

“Bukan Kecaman, Sekadar Teguran” – Bunga Isme Mohon Jangan Biadab

Next Post

“Sesekali Jadi Badut, Apa Salahnya?” – Shiha Zikir Mahu Peminatnya Terhibur

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd