Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Klien Dah Cantik, Baru Saya Balik” – Kerjaya Jurusolek Tak Halang Mafarikha Menyanyi

25/08/2021
Natalhia Nordinoleh Natalhia Nordin
in Exposé, Hiburan
“Klien Dah Cantik, Baru Saya Balik” – Kerjaya Jurusolek Tak Halang Mafarikha Menyanyi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dek kekurangan publisiti diberikan terhadap karier seninya, warganet sekali gus mengandaikan nama Mafarikha Akhir tidak lagi relevan dalam industri muzik tempatan.

Menerangkan situasi sebenar, naib juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu akui kerjayanya selaku jurusolek profesional menjadi keutamaan.

“Sebelum menyertai rancangan itu, sebenarnya saya terlebih dahulu berjinak-jinak dalam bidang persolekan.

“Kemudian, setelah saingan tamat, saya kembali meneruskan kerjaya asal sementara menanti peluang melebarkan bakat bergelar artis rakaman.

“Alhamdulillah, impak publisiti terbabit dalam program terbitan TV3 itu, saya menerima banyak tempahan daripada pelanggan,” katanya yang tak menduga dikurniakan rezeki melimpah-ruah.

Tambah bintang realiti Asia Got Talent (AGT) musim kedua itu, kesibukan kerja menata rias dan menyolek telah menimbulkan keseronokan tersendiri.

“Rasa puas apabila pelanggan memuji hasil kerja saya yang berjaya mencantikkan penampilan mereka,” ujar Mafarikha atau lebih mesra disapa Mafa itu.

Pada masa sama, tumpuan terhadap aktiviti persolekan tidak membataskannya untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi.

“Biarlah mereka terus membuat andaian. Paling penting, saya selesa memikul dua kerjaya ini dan menjadikannya punca pendapatan utama saya,” katanya menyuntik semangat positif.

Tidak menafikan sering menerima komen negatif, Mafa kini bertindak menapis terlebih dahulu komen yang ditinggalkan warganet di akaun media sosialnya.

“Bukan sebab enggan dikritik, cuma tidak mahu terperangkap dalam situasi yang mengundang ketegangan lebih buruk,” ulasnya menyatakan pendirian.

Previous Post

“Pesanan Buat Pemimpin Melayu Islam” – Tanpa Kopratasa, Siso Perkenalkan Alif

Next Post

“Tipulah Kalau Kata Tak Letih” – Idayu Yaakob Puas Jaga Anak Sendiri

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd