Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dalam Diam Ezlynn Bergelar Isteri Kepada Penderma Hati Pertama Malaysia

27/09/2021
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan
Dalam Diam Ezlynn Bergelar Isteri Kepada Penderma Hati Pertama Malaysia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Lama tidak mendengar khabar berita tentang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hye Hye Bye Bye iaitu Ezlynn Ariffin.

Terkini, Ezlynn mengejutkan banyak pihak apabila mengakui sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Ezlynn atau Azline Ariffin, 39, telah memuat naik sebuah video dan beberapa keping foto di Instagram, sekali gus mendedahkan wajah suami berserta seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak tirinya.

Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn memberitahu dia telah bernikah dua minggu lalu dengan penderma hati pertama negara iaitu Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.

“Dia menghubungi ibu bapa saya dan meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju, bahkan ayah saya sendiri menjadi wali serta abang pula sebagai saksi.

“Prosesnya amat mudah, pernikahan berlangsung dari rumah saja secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ezlynn mengenali suaminya ketika sama-sama terbabit dalam aktiviti amal anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

“Mulanya kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan.

“Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Pada masa sama, dia seorang yang kuat agama dan tak berkira untuk membantu orang.

“Itu yang menarik minat saya, apatah lagi saya mencari seseorang yang mementingkan akhirat berbanding dunia. Tambahan pula, keluarganya pun sangat OK,” kongsinya.

Tambah pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu, dia menghormati keputusan keluarga yang tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran.

“Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang. Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media sosial. Saya hormati semua orang.

“Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang penyakit ‘lain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati,” ujarnya.

Ezlynn juga enggan mengulas lanjut mengenai status suaminya kerana yang penting baginya adalah mereka telah sah diijab kabul sebagai suami isteri.

“Kalau orang persoal fasal poligami, ibaratnya mengata Rasulullah kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya.

Wan Hafizam sebelum ini pernah mendapat liputan luas media kira-kira 23 tahun lalu apabila menjadi penderma hati pertama negara.

Kini dia berkhidmat sebagai Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam dan mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Pada 2011, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurus peribadinya, namun berpisah pada tahun 2017.

Previous Post

Joe Flizzow Dan Rapper 16 Baris Dapat Pujian Snoop Dogg

Next Post

“Dulu Lipas, Hari Ini Pula… ” – Gugur Air Mata Alam Kena Prank Pada Hari Lahir

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd