Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Takkan Rosakkan Industri” – Iqbal Harap Debut Hujan Penuhi Cita Rasa

29/10/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Saya Takkan Rosakkan Industri” – Iqbal Harap Debut Hujan Penuhi Cita Rasa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ibaratnya, telinga Iqbal Zulkefli sudah tak lut mendengar sebarang komen atau pandangan berbaur negatif orang lain yang dilemparkan terhadapnya.

Paling penting bagi usahawan muda berusia 27 tahun itu, dia mahu memenuhi kehendak hatinya, bergelar seorang penyanyi.

Hati Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli seolah-olah kebal dan kuat usai percintaannya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida terkandas di tengah jalan.

Akhirnya impian Iqbal untuk mempunyai lagu sendiri dipenuhi oleh Eric Fuzi daripada kugiran Floor 88 yang merupakan rakannya sewaktu belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Iqbal menerusi Instagram pada 27 Oktober memberitahu bahawa dia bakal muncul dengan debut berjudul Hujan.

Menurut Iqbal, video muzik lagu berkenaan akan disiarkan secara rasmi di saluran YouTube Rusa Music bermula 1 November ini.

“Hujan berkisar kisah benar tentang perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

“Terima kasih kepada pengarah video muzik, Eric sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam, bermula dari 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” jelasnya di media sosial.

Tambahnya, beliau juga amat menghargai karya komposer Zai Hamzah atau Achoi Floor 88 dan penyanyi Oja yang bertungkus lumus menyiapkan lagu untuknya.

“Tiga hari selepas menerima lagu, saya terus masuk studio untuk memulakan sesi rakaman.

“Sebahagian lirik tulisan saya sendiri dan digabungkan idea bersama Achoi serta Oja.

“Saya hargai kerjasama semua kru, guru vokal yang bekerja keras. Apabila saya katakan saya mahu buat, saya akan pastikan ia benar-benar tercapai. Jika ia adalah marketing, saya akan katakan ia marketing,” katanya berterus terang.

Pada 14 Oktober lalu, menerusi Instagram, Iqbal menyatakan dia keliru untuk membuat keputusan memilih karya untuk lagu dendangannya kerana menerima tawaran daripada ramai komposer hebat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Lebih 50 komposer besar menawarkan lagu termasuk beberapa band terkenal dari Indonesia.

“Kata orang, paling awal pun sebulan untuk siapkan semua. Namun saya perlu kejar masa kerana banyak hal lain perlu disegerakan juga.

“Paling lewat pun minggu hadapan lagu saya sudah dilancarkan bersama video muzik.

“Saya jenis tak cakap kosong dan saya janji takkan rosakkan industri,” tulisnya.

Jelas Iqbal, beliau pernah menjadi juara nasyid untuk negeri Kelantan dan naib juara peringkat kebangsaan.

Previous Post

“Emak Akan Tapis Dulu Mesej Negatif” – Shamshul Danish Diganggu Peminat

Next Post

Gara-gara Aksi Lasak, Kuku Kaki Elizabeth Tan Tercabut, Badan Lebam

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd