Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Welcome Back!” – Tak Jadi Cerai, Nynaa Harizal Kembali Ke Pangkuan Bekas Pelumba F3, Fahmi

02/12/2021
Charma Kieoleh Charma Kie
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Welcome Back!” – Tak Jadi Cerai, Nynaa Harizal Kembali Ke Pangkuan Bekas Pelumba F3, Fahmi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal, 25, dan suaminya yang juga bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, berakhir apabila mereka berbaik semula sejak beberapa hari lalu.

Pasangan berkenaan juga kelihatan mesra sejurus keluar dari kereta jenis Bentley untuk menghadiri prosiding sebutan semula kes bagi permohonan kembali taat kepada suami di Mahkamah Syariah di sini pada Rabu.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman, kedua-duanya bersetuju untuk berdamai.

Sebelum bersurai, hakim sempat menasihati pasangan suami isteri terbabit supaya sentiasa berkomunikasi secara dua hala kerana perbincangan merupakan kaedah penyelesaian terbaik.

“Jika sehala saja, tiada komunikasi, masalah akan timbul. Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek (bergurau senda) isteri, biar ada komunikasi,” katanya dalam berseloroh.

Pada 11 November lalu, Fahmi memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah di sini supaya isterinya kembali taat.

Permohonan tersebut difailkannya sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan.

Berdasarkan dokumen tuntutan plaintif, defendan diperintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Ampang di sini.

Tuntutan tersebut juga demi menyelamatkan pernikahan mereka supaya pemenang tempat ketiga Dewi Remaja itu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah sejurus selesai prosiding, Fahmi berkata, pihaknya akan mengadakan sidang akhbar beberapa hari lagi.

“Kami akan jelaskan situasi kami dalam sidang akhbar kelak. Masa tu nanti media boleh tanya 10, 20 atau 30 soalan,” sendanya.

Dalam prosiding pada Rabu, Fahmi diwakili Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, manakala Nynaa diwakili Peguam Syarie, Roslizam Rahim.

Sebelum ini, media melaporkan Nynaa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi satu prosiding sebutan permohonan perceraian secara baik dengan Mohamed Fahmi.

Nynaa memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Kontroversi pasangan itu bermula pada 3 November lalu apabila media melaporkan bahawa ahli perniagaan itu tidak pasti keberadaan isterinya, namun mengesyaki telah ‘dilarikan’ tanpa keizinannya.

Berikutan itu, Fahmi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Mohamed Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. – BOOM!

Previous Post

Akhirnya Gong Yoo Buka Akaun Rasmi Instagram, Muat Naik Foto Pertama

Next Post

“Setengah Juta Ringgit Untuk Filem Terbaik” – Darjat FFM31 Diangkat, Lebih Prestij

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd