Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Dia Hebat Tetapi Saya Akan Lawan” – Syafeek Ikhwan Takkan Mengaku Kalah

04/12/2021
Natalhia Nordinoleh Natalhia Nordin
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik
“Dia Hebat Tetapi Saya Akan Lawan” – Syafeek Ikhwan Takkan Mengaku Kalah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Juara dunia di pentas i-Sing World 2018, Syafeek Ikhwan tekad untuk menyaingi pencabar utama dalam saingan merebut takhta program nyanyian, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) di TV3.

Berkata kepada Boom!, Syafeek atau Muhammad Syafik Ikhwan Ghazali, 32, optimis mampu mencabar kedudukan pesaing teratas iaitu pasangan duo Hariz Fayahet dan Wanie Ooi yang menunjukkan prestasi konsisten saban minggu.

“Alhamdulillah, gabungan saya dan Zazo Maulana mula mendapat keserasian. Malah pada konsert ketiga minggu lepas, kami mendapat pujian daripada Mas Idayu dan Ajai.

“Hasil penilaian panel juri, kedudukan kami melonjak naik dari tangga kelima pada minggu pertama ke tempat ketiga selama dua minggu berturut-turut.

“Tak dinafikan, Hariz dan Wanie mempamerkan paduan vokal yang hebat, cukup harmoni. Bahkan mereka konsisten setiap kali membuat persembahan.

“Akan tetapi apabila menyertai pertandingan, ia ibarat roda, ada di atas dan kadang-kala di bawah. Yakinlah, kami akan kejar!” katanya memberi jaminan kepada peminat serta penyokongnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafeek Ikhwan (@syafeek_ikhwan)

Sementara itu, mengulas komen khalayak yang menyifatkannya tidak diberikan ruang dalam industri muzik tempatan sedangkan melakar rekod cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa, Syafeek bagaimanapun akur nasib belum menyebelahinya.

“Mungkin saya belum cukup bagus untuk diterima umum. Apapun, saya percaya bahawa Allah adalah penentu segala-galanya terutama jika bercakap tentang rezeki.

“Soal populariti sebagai penyanyi yang hampir sepuluh tahun bertapak dalam bidang ini, saya serahkan kepada-Nya.

“Saya hargai peluang yang ditawarkan pihak produksi LCK3 dan TV3 kerana menerusi rancangan ini, pengikut akaun media sosial saya naik mendadak.

“Itu juga dinamakan rezeki dan saya amat berterima kasih,” ulasnya.

Di pentas LCK3, pegawai kerajaan itu berpasangan dengan Zazo atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply, 30.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Syafeek bertuah kerana dipasangkan dengan gadis berkenaan yang dikenali ketika menyertai program All Together Now Malaysia (ATNMY) musim pertama.

“Apabila mendapat tahu saya bergandingan dengannya, syukur sangat sebab keserasian antara kami mudah terjalin. Tak perlukan sesi ice breaking atau seumpamanya kerana kami dah saling kenal,” jelasnya.

Syafeek turut percaya, pengetahuan dan ilmu dimiliki Zazo selaku guru muzik graduan UiTM boleh dijadikan senjata serta benteng buat mereka ‘berperang’ hingga ke garisan terakhir. – BOOM!

Previous Post

“Harap Omicron Tak Bantutkan Majlis” – Siap 80 Peratus, Azzam Gementar Nikahi Sheryl

Next Post

“Maaf Jika Jadi Kontak Rapat Saya” – Daiyan Trisha Dijangkiti Virus Corona Di Set Drama

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd