Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Sakit… Terlalu Sakit!” – Reedzwann Cipta Tiga Lagu Serentak Meluah Rasa

22/12/2021
Cemaoleh Cema
in Eksklusif, Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
[VIDEO] “Sakit… Terlalu Sakit!” – Reedzwann Cipta Tiga Lagu Serentak Meluah Rasa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bersandarkan pengalaman sendiri, pendatang baharu industri seni muzik tanah air, Reedzwann baru-baru ini tampil mempertaruhkan single keduanya berjudul Adakah Ini Mimpi.

Kian dikenali menerusi debutnya yang diberi tajuk Cinta Pandang Pertama, Reedzwann atau Muhammad Ridhuan Khairol Husni, 21, berkata, sejak awal lagi dia telah menghasilkan tiga buah karya serentak.

“Kisah penceritaan yang disampaikan dalam ketiga-tiga karya tersebut berkesinambungan antara satu sama lain.

“Bermula dengan Cinta Pandang Pertama yang boleh dikatakan sebagai episod satu, penceritaan di sebalik liriknya disambung pula dalam nukilan saya yang kedua iaitu Adakah Ini Mimpi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reedzwann (@reedzwann)

“Single seterusnya nanti yang dijadualkan bakal lancar pada awal tahun depan merupakan siri terakhir bagi melengkapkan keseluruhan jalan cerita. Begitulah prosesnya,” cerita Reedzwann bersungguh-sungguh.

Menyingkap kisah percintaan yang disampai menerusi bait-bait lirik bagi ketiga-tiga single miliknya, Reedzwann mengakui ia lebih bersifat peribadi.

Menurutnya yang pernah bekerja sebagai cef di sebuah restoran di Cameron Highlands, kisah percintaannya bersama seorang gadis ketika bertugas di sana kemudiannya diabadikan menjadi lagu-lagu romantis.

“Sebenarnya pada 2018 sewaktu jadi cef, saya pernah cuba mendekati seorang perempuan yang berjaya menawan hati saya di kala pandangan pertama.

“Malangnya pada Disember tahun yang sama, saya mendapat tahu dia dilamar oleh rakan baiknya sendiri dan berita tersebut amat menyakitkan.

“Sakit… terlalu sakit hingga saya enggan bercampur gaul dengan rakan-rakan sekerja kerana begitu melayan perasaan yang lara dan kecewa.,” terang penyanyi remaja itu yang menyimpan hasrat untuk berduet dengan idolanya, Siti Nordiana.

Mengulas tentang pemilihan penyanyi popular terbabit, anak kelahiran Perak itu mengaku amat meminati suara dan gaya nyanyian Siti Nordiana, malah merupakan ahli kelab peminat rasmi.

“Akan tetapi, nampak macam mustahil untuk berduet dengan Kak Nana (Siti Nordiana) kerana rasa diri ini terlalu kerdil, masih mentah, bahkan tidak dikenali,” kongsinya.

Pun begitu, Reedzwann optimis bahawa suatu hari nanti karier nyanyiannya akan berkembang dan berjaya mencipta nama selaku penyanyi dan komposer terbaik di Malaysia, secara tidak langsung membuka luas peluang bergandingan di samping Siti Nordiana. – BOOM!

Previous Post

Atlet Bola Sepak Noktahkan Status Janda Oktovia Manrose, Diijabkan Sekali Akad

Next Post

“Selagi Lesti Selamat, Saya Aman” – Rizky Billar Sewa Seluruh Tingkat Wad Bersalin Demi Bayi Sulung

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd