Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

31/12/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Eksklusif, Exposé, Hiburan, Selebriti
“Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Andai diselidik naskhah-naskhah terdahulu, nama Talha Harith tidak lagi begitu asing di persada seni lakon tempatan meskipun keberadaannya di pinggir kecapan populariti.

Namun baru-baru ini, kemunculan Talha atau nama sebenarnya Talha Amir Harith, 32, mendukung watak Zafran dalam drama I Promise, Janji Anaqi yang disiarkan di Astro Ria kembali mencuri perhatian penonton.

Talha membintangi drama I Promise, Janji Anaqi bersama Sharnaaz Ahmad

Berbicara dengannya menerusi kiriman teks di WhatsApp, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mendedahkan bahawa dia terpaksa mengubah penampilannya demi menghidupkan watak digalas.

“Sebaik menerima tawaran, saya diminta supaya membotakkan kepala serta menaikkan berat badan bagi memenuhi keperluan karakter.

“Seumur hidup, inilah kali pertama saya mencukur kepala sampai botak licin. Tidak cukup dengan itu. saya juga perlu naikkan berat badan. Apapun, saya syukur sangat sebab berat badan saya naik.

“Dalam masa satu minggu, berat saya naik dari 64 ke 70 kilogram. Kalau kurus macam dulu, memang tak sesuai untuk watak ini,” terang Talha tentang perubahan diri yang berjaya dilakukannya.

Oleh kerana perbezaan ketrampilan yang dipertontonkan, ramai penonton yang menyangkakan dia seorang pelakon baharu, bahkan ada yang beranggapan lakonannya memainkan peranan antagonis amat berkesan.

Tidak kurang juga, berdasarkan tinjauan komen-komen di media sosial, ketiadaannya dalam dunia lakonan sejak setahun dua kebelakangan ini menjadi tanda tanya umum.

Menjelaskan kemusykilan tersebut, dia yang sebelum ini pernah membintangi drama Curi-Curi Cinta di sisi Uyaina Arshad berkata, rezeki sebagai pelakon masih berpihak kepadanya.

“Saya masih ada dan sibuk dengan penggambaran. Mungkin perubahan ketara terhadap fizikal saya, sebab itu mereka tidak cam tatkala melihat Zafran. Memang saja buat kelainan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas perwatakan yang dipersembahkan sebagai Zafran, meskipun dihina dan dikecam, sebaliknya berasa bangga kerana mampu membibitkan kebencian di hati penonton yang mengikuti drama itu.

“Saya tak kisah sebab mereka bukan mengecam atau menghina Talha, tetapi Zafran.

“Gara-gara watak ini juga, saya pernah dihempuk dengan beg tangan oleh seorang makcik yang geram menyaksikan kekejaman perilaku penjahat terbabit,” beritahunya menceritakan pengalaman dialami.

Talha membawa watak Zafran dengan cukup berkesan

Drama arahan Hadith Omar itu ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam. Selainnya, I Promise, Janji Anaqi turut ditunjangi oleh Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Alicia Amin, Dayana Roza, Ellyas Abdullah dan Isaac Iman. – BOOM!

Fizikal tubuh watak Zafran di penghujung cerita akan susut. Kenapa? Nantikan pengakhirannya.
Previous Post

Penilik Nasib Ibaratkan Song Ji-hyo Bunga Yang Dikelilingi Pisau

Next Post

Rocker Indonesia Vokalis Terbaharu Search, Denden Gonjales Ganti Tempat Amy

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd