Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Suara Aku Taklah Teruk Sangat” – Michael Ang Bangga Kemampuannya Jadi Penyanyi

07/01/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik, Selebriti
“Suara Aku Taklah Teruk Sangat” – Michael Ang Bangga Kemampuannya Jadi Penyanyi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Biarpun pelbagai kutukan dilemparkan terhadapnya sebaik melancarkan debut berjudul Cinta Atau Propa pada Rabu lalu, ternyata ia sedikit pun tidak melemahkan semangat pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang.

Sebaliknya Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, 46, akui berbangga atas pencapaian dirinya bergelar artis rakaman menjadi penyanyi.

Video muzik Cinta Atau Propa boleh ditonton di YouTube Indigital Music.

Mengakui suaranya tidak sebaik penyanyi profesional, namun Michael yang mesra disapa Mike itu yakin nyanyiannya juga tidak teruk hingga mampu membuatkan pendengar muntah.

“Memanglah tak sedap, tetapi aku dah buat yang terbaik. Lepas aku dengar suara sendiri, tak lah teruk sangat.

“Muzik video dah dimuat naik di saluran YouTube Indigital Music. Kalau ada yang tak puas hati ke, nak kutuk ke, sila tinggalkan komen di situ,” maklumnya kepada media.

Mike sedar suaranya tak sesedap penyanyi profesional.

Cukup dikenali kerana kelantangannya, Mike juga bersedia dengan sebarang kritikan umum kerana baginya, setiap individu punyai hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Mereka berhak mengkritik. Saya pun begitu. Kalau terdengar seseorang penyanyi itu menyanyi tak sedap, saya akan kritik, terutama mereka yang memasuki pertandingan.

“Saya tidak pernah kritik tentang penghasilan sesebuah karya jika seseorang artis itu mengeluarkan lagu baharu. Sama juga saya, kalau buat drama dan dikritik penonton, saya tidak boleh marah sebab itu hak mereka.

“Jadi apabila saya ambil keputusan untuk menyanyi, nak tak nak saya kena bersedia menerima kritikan orang jika dikritik,” katanya ketika sidang media maya yang diadakan baru-baru ini.

Ditanya sama ada Cinta Atau Propa ditujukan kepada individu tertentu, Mike menjawab, sejujurnya dia tidak berniat menyindir sesiapa.

Single sulung Mike merupakan nukilan Killa Driz.

“Saya telah buat pelbagai perkara daripada berlakon, mengarah, menulis skrip, memasak dan jadi penerbit. Hanya ada tiga perkara lagi yang belum saya lakukan iaitu menyanyi, menulis lagu dan menulis lirik.

“Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri.

“Sekarang nampaknya hanya tinggal dua perkara lagi yang ingin saya buat selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, sutradara berkenaan mencuri perhatian ramai sebaik melancarkan single serta video muziksulungnya hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda yang juga seorang penyanyi rap, Killa Driz. – BOOM!

Previous Post

Muat Naik Babak Filem House Of Gucci, Ameera Khan Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Next Post

Kematian Aktres Snowdrop, Kim Mi-soo Kejutkan Industri Hiburan Korea Selatan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd