Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ini Idea Sukarelawan Banjir” – Kedai Percuma Pak Nil Bantu Ringankan Beban

08/01/2022
Charma Kieoleh Charma Kie
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
“Ini Idea Sukarelawan Banjir” – Kedai Percuma Pak Nil Bantu Ringankan Beban

Pak Nil memban

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Umum mengetahui, bencara banjir baru-baru ini mengakibatkan ramai mangsanya mengalami kerugian teruk gara-gara kemusnahan dan kerosakan harta benda.

Terkesan dengan keperitan dialami mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, pengacara tersohor dan disegani, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 60, tampil menghulurkan bantuan sewajarnya.

Pak Nil membantu mangsa banjir.

Bermula dengan usaha Pak Nil mengumpulkan golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Changgang, Banting, Selangor, tercetus idea untuk mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil.

Katanya, kedai tersebut ditempatkan di sebuah premis di lokasi terbabit dan telah mula beroperasi sejak 30 Disember lalu.

“Sebelum ke sana, saya dihubungi salah seorang pengikut Instagram. Dia berkongsikan cerita mengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.

“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang sahaja,” ujarnya yang cukup prihatin dengan nasib mereka.

Sebagai permulaan, bintang antagonis filem Cicakman itu menghubungi syarikat yang sebelum ini pernah bekerjasama dengannya iaitu Eskayvie dan Nakada untuk berkolaborasi.

“Justeru, jenama-jenama terkenal itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak, telur, air minuman, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.

“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit yang didermakan.

“Kemudiannya dikumpul dan ditempatkan di dalam sebuah stor di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Pak Nil,” jelasnya bercerita.

Pada masa sama, Pak Nil mengalu-alukan mangsa banjir ke kedai itu bagi memenuhi keperluan mereka tanpa sebarang caj.

“Sesiapa yang mahu menyumbangkan sebarang bentuk sumbangan, boleh lewati Instagram milik @aznilnawawihm untuk menyemak butiran tambahan atau terus bank-in ke dalam akaun Maybank saya bernombor 564735801178.

“Operasi kedai ini akan diteruskan jika terdapat sumbangan orang ramai yang berterusan.

“Sekiranya ada pertubuhan kerajaan mahupun syarikat korporat swasta mahu melibatkan diri, dipersilakan,” katanya sambil berharap usahanya itu dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada penerima ataupun pemberi sumbangan. – BOOM!

Previous Post

“Kita Semua Adalah Sama!” – Mesej Di Sebalik Foto Separuh Bogel Tok Ayah Untuk Media Sosial

Next Post

Shahir Zawawi Muncul Juara Sulung Hijrahkan Laguku, Bawa Pulang RM100,000

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd