Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tuah Adzmi Hadir Sendirian Ke Acara Terbesar BBNU, Mana Kredibiliti PRO Syarikat Rakaman?

19/01/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik, Selebriti
Tuah Adzmi Hadir Sendirian Ke Acara Terbesar BBNU, Mana Kredibiliti PRO Syarikat Rakaman?

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hari ini secara rasminya diumumkan kesemua barisan peserta yang lolos ke pentas langsung Big Stage 2022 (BS 2022) bermula kira-kira dua minggu lagi.

Sudah melahirkan tiga juara iaitu Sarah Suhairi, Han Byul dan Azzam Sham, kemunculan edisi keempat program realiti nyanyian itu kali ini sememangnya dinanti-nantikan.

Membariskan seramai 11 penyanyi baharu yang dikategorikan Budak Baru Nak Up (BBNU) dan berpengaruh di media sosial, ternyata ia menjadi medan terbaik buat mereka menyerlahkan bakat.

Bukan itu sahaja, malah syarikat-syarikat rakaman yang mewakili setiap peserta sewajarnya memanfaatkan peluang diberikan Astro ini demi memastikan artis naungan mereka boleh dijual dalam pasaran muzik tempatan kelak.

Pun begitu, lain pula halnya yang terjadi ketika majlis sidang akhbar berlangsung petang tadi sejurus petugas media menemu bual beberapa peserta yang terlibat termasuklah penyanyi lagu hit Insan Kau Cinta yakni Tuah Adzmi.

Ini kerana, Tuah atau Arumi Nafis Mohd Adzmi yang bernaung di bawah label FMC Music ada menyebut bahawa dia hadir ke acara terbesar membabitkan BBNU itu hanya sendirian tanpa diiringi wakil daripada syarikat berkenaan.

Sebaik kenyataan itu keluar daripada mulut remaja berusia 24 tahun tersebut, ia terus menjadi bahan bualan dan menjadi persoalan dalam kalangan para petugas media yang berkumpul di situ.

Masakan tidak, bagaimana pihak atau individu yang sepatutnya menjaga, membimbing dan memasarkan produk mereka dibiarkan bergerak sendiri tanpa pengiring, apatah lagi di sebuah acara besar dan gah seperti Big Stage?

Ternyata keadaan itu pasti membuatkan artis baharu seperti Tuah atau sesiapa pun akan berasa canggung untuk mendekati wartawan-wartawan bertugas, sekali gus mendatangkan kerugian besar kerana terlepas peluang memperoleh publisiti meluas dan percuma daripada media.

Namun pemuda kelahiran Ampang, Kuala Lumpur itu wajar dipuji apabila dia bijak menyesuaikan dirinya untuk bercampur dan bermesra dengan wakil-wakil media yang hadir.

Tuah hadir sendirian tanpa ditemani wakil dari syarikat rakamannya

Akan tetapi, adakah disebabkan kelebihan yang dimiliki anak muda itu mengizinkan pihak FMC Music mengambil kesempatan ke atasnya dengan membiarkan dia terkontang-kanting keseorangan?

Tidakkah perlu ada sekurang-kurangnya seorang wakil syarikat yang perlu bertindak selaku pegawai perhubungan awam (PRO) bagi memikul peranan sebagai orang tengah demi mengetengahkan produk jualan mereka?

Apapun, Boom! sekadar menyuarakan pendapat, selebihnya biarlah pihak berwajib yang memberi penjelasan. – BOOM!

Previous Post

“Adibah Noor Tak Ada Effort!” – Vida Kesal Ani Maiyuni Jadi Mangsa Ego Astro

Next Post

Lee Jun-ho Unggul Atasi Kedudukan BTS Dan Big Bang Dalam Carta Reputasi Jenama Idola

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd