Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Emak Tangmo Nida Maafkan Dua Suspek Bunuh Anaknya Sebabkan Imbuhan RM3.8 Juta?

05/03/2022
Adia Mohdoleh Adia Mohd
in Ekstra, Exposé, Global, Hiburan, Selebriti
Emak Tangmo Nida Maafkan Dua Suspek Bunuh Anaknya Sebabkan Imbuhan RM3.8 Juta?

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengguna alam maya berang apabila ibu aktres Thailand yang mayatnya ditemukan terapung di sungai iaitu Nida Tangmo Patcharaveerapong memaafkan dua suspek dalam insiden menyebabkan kematian anaknya pada 24 Februari lalu.

Dalam satu temubual dengan program Hone Krasea untuk TV Channel 3, Panida Siriyuthayothin berkata, dia memberi keampunan kepada pemilik bot laju tersebut, Tanupat Por Lerttaweewit dan pemandunya, Phaiboon Robert Trikanjananun.

Menurut Panida dalam sesi wawancara itu, Por menghubunginya pada keesokan hari dan menyatakan hasrat ingin bertemu bagi menyatakan permohonan maaf secara berdepan dengannya.

Pada awalnya menurut Panida, dia enggan menyetujui cadangan tersebut, tetapi akhirnya berlembut hati selepas berkali-kali menerima panggilan telefon daripada lelaki terbabit, selain menawarkan janji untuk menjaga kebajikannya.

“Dia berjanji untuk menjaga saya sama seperti Tangmo lakukan. Saya maafkannya sebab dia menelefon saya tanpa henti walaupun tahu saya sedang berduka,” katanya.

Bagaimanapun, permohonan maaf Por itu disertakan dengan syarat berupa sejumlah wang pampasan bernilai RM3.8 juta agar diterima.

Katanya lagi, dia juga bersetuju atas bayaran tersebut memandangkan Por sendiri yang menyatakan jumlah ingin diberikannya.

“Katakanlah Mo (Tangmo) memperoleh sejuta baht setahun daripada siri televisyen dibintanginya, pastinya saya boleh mendarabkan jumlah itu dengan 30 atau lebih jika umurnya panjang.

“Ini belum kira lagi ganti rugi kehilangan pendapatan daripada sesi bergambar sebagai model,” kata ibu kepada Tangmo yang mati pada umur 37 tahun.

Selain Por, wanita berkenaan turut memaafkan Robert kerana pemandu itu sekadar menemani majikannya untuk datang berjumpanya.

Antara ulasan netizen tentang isu ini di Twitter.

Namun Panida menafikan dakwaan khalayak bahawa kemaafan itu dipersetujui dek habuan lumayan ganti rugi yang akan diterimanya.

Panida juga menegaskan, dia tidak dapat memaafkan pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Juthasuksawat kerana tidak menghubunginya langsung untuk memaklumkan berita kematian pelakon filem Ghost of Mae Nak itu hingga tiga hari kemudiannya. – BOOM!

Previous Post

“Bukan Tak Mahu, Tetapi Saya Tak Boleh!” – Jo In-sung Ada Sebab Belum Kahwin

Next Post

“Tak Semestinya Ada Tatu Itu Murtad!” – Nur Sajat Pertama Kali Dedah Cacahan Di Pahanya

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd