Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

AJL 36: Boneka Tanpa Ernie Zakri, Peluang Cerah Aina Abdul Raih Vokal Terbaik

05/03/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik, TV Show
AJL 36: Boneka Tanpa Ernie Zakri, Peluang Cerah Aina Abdul Raih Vokal Terbaik

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Malam esok bernoktahlah persoalan gerangan pemilik mutlak gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) yang dijadualkan berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Kesemua 12 lagu bertanding akan bersaing merebut gelaran idaman setiap komposer dan penyanyi industri muzik negara.

Melihat kepada senarai lagu yang bertanding, agak sukar menebak lagu mana memiliki peluang cerah, lebih-lebih lagi dengan kriteria pemilihan yang hanya diketahui pihak juri profesional.

Antara yang bakal menjadi perhatian pastilah lagu Sepi nyanyian Aina Abdul, Mimpi (Haqiem Rusli), Boneka (Ernie Zakri), Salahku (Yonnyboii) dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah).

Kelima-lima lagu tersebut mempunyai pakej lirik dan melodi yang boleh dikatakan sangat kuat serta kemas untuk menjulang kejuaraan.

Hakikatnya, tiada siapa boleh menafikan soal rezeki Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga) dengan elemen etknik dan world muzik serta keunikan Aewo (Shiha Zikir dan Noki K-Clique) yang mempertaruhkan satu nuansa segar.

Kemerduan dan keserasian duet antara Aina dan Khai Bahar menerusi Nafas Cinta juga mempunyai kelebihan tersendiri untuk mencuri perhatian juri.

Dalam hal berkaitan vokal, Aina berada dalam senarai paling atas untuk memastikan dia membawa pulang gelaran itu berdasarkan kredibilitinya.

Tambahan pula dengan ketiadaan pemenang tahun lalu iaitu Ernie bagi menyampaikan Boneka dek masih berpantang selepas bersalin anak pertama.

Namun jangan lupa kebolehan Marsha Londoh membawakan lagu Cinta, Siti Nordiana menerusi Angkara serta pengganti Ernie yang hanya akan diketahui tatkala tiba giliran Boneka dipentaskan.

Dari segi kelesuruhannya, ramai teruja untuk merasai atmosfera penganjuran AJL 36 yang kembali digamatkan kehadiran penonton setelah melalui episod pandemik tahun lalu.

Susunan muzik dan bunyi juga pastinya memukau di bawah seliaan Maestro Datuk Ramli MS yang kembali setelah tidak melakukan tugas itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Khabarnya, persembahan pembukaan dijangka sangat menarik dengan kemunculan semula Ayda Jebat setelah berehat melahirkan cahaya mata sulung di sisi nama-nama besar seperti Datuk Jamal Abdillah dan Mas Idayu.

Finalis-finalis AJL 36.

Berikut Adalah Senarai Pemenang AJL 36 Ramalan BOOM!

Tempat Pertama: Sepi (Aina Abdul)
Tempat Kedua: Salahku (Yonnyboii)
Tempat Ketiga: Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah)
Vokal Terbaik: Sepi (Aina Abdul)
Persembahan Terbaik: Aewo (Shiha Zikir & Noki K-Clique)

Jangan lupa saksikan siaran langsung acara berprestij AJL 36 pada jam 9 malam esok di saluran TV3. – BOOM!

Previous Post

“Tak Semestinya Ada Tatu Itu Murtad!” – Nur Sajat Pertama Kali Dedah Cacahan Di Pahanya

Next Post

“Mereka Kata Saya Berlagak Hanya Sebab Nak Gerak Sendiri” – Tuah Enggan Keruhkan Keadaan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd