Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Tak Pernah Tuduh Orang Melayu Penipu!” – Vicha Barbie Pertahan Diri Daripada Fitnah

18/03/2022
Adia Mohdoleh Adia Mohd
in Ekstra, Exposé, Gaya Hidup, Hiburan, Selebriti
“Saya Tak Pernah Tuduh Orang Melayu Penipu!” – Vicha Barbie Pertahan Diri Daripada Fitnah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Vicha Barbie tidak dapat menahan sebak apabila suaminya dituduh sebagai scammer (penipu) selepas dia diberitakan memilih lelaki Nigeria sebagai pasangan hidup.

Pelawak dan pelakon berasal dari Indonesia itu berkata, bukan setakat menyifatkan lelaki dikahwininya itu seorang penjenayah, malah warganet turut menyuruh dia segera pulang ke negara asal.

“Fitnah sebegini yang sebabkan saya enggan dedahkan siapa pasangan saya dari awal. Perkara yang ditakuti akhirnya terjadi,” tutur Vicha sambil mengesat air matanya.

Kata pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman itu, semuanya gara-gara laporan sebuah portal pada 5 Mac lalu yang membuat diri dan suaminya terpalit tuduhan tidak berasas.

Vicha, 33, menjelaskan, dia tidak pernah menuduh orang Melayu penipu.

“Saya tak pernah cakap orang Melayu tak bagus atau penipu. Saya sayangkan Malaysia. Saya selesa di sini jadi untuk apa saya cakap orang Melayu penipu?

“Saya cuma cakap sewaktu bercinta dulu saya reda tak ada jodoh dengan orang Melayu. Lima kali bercinta tapi saya ditipu atau yang ingat saya berduit, rupa-rupanya sama-sama susah dan terus menghilang tanpa berita,” katanya.

Vicha baru-baru ini mendedahkan bahawa dia tidak lagi bergelar janda dan sudah empat tahun menikahi lelaki Nigeria dikenali sebagai Johnson.

Vicha dan pilihan hatinya lelaki berwarganegara Nigeria.

Walaupun lambat, menurut Vicha, dia akhirnya berkongsi berita perkahwinan itu kerana ingin mengelak fitnah apabila menjalankan urus niaga di Johor Bahru terutama apabila perlu bermalam di negeri itu dengan suaminya.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Michael Trevor Ayomide, yang kini berusia dua tahun.

“Bagaimana pula dengan perasaan anak kami apabila dia dah besar nanti… pasti sedih. Anak -anak saya di Indonesia juga bagaimana?

“Saya tak tahu kenapa saya rasa seolah-olah di sini kurang menerima lelaki kulit hitam tapi jika di Indonesia, sama saja seperti orang Malaysia lihat mat saleh,” katanya.

Selain Michael, Vicha juga mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Lebih menakutkan, jelas Vicha, pelbagai berita kurang enak dikhuatiri mengaibkan keluarganya di Indonesia atau suami. – BOOM!

Previous Post

Dulu Pelakon Lagak Ngeri Wanita, Sekarang Ahirine Ahirudin Dah Jadi Heroin Filem

Next Post

JDT & Snoop Dogg | Anak Istimewa FT | Anna J Di Suria | Kak Lina Ganti Diva AA

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Viral Video Of Entering A Club: Emma Maembong Comes Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd