Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tya Arifin Tak Sangka Dapat Berlakon Satu ‘Frame’ Dengan Biras Sendiri, Izara Aishah

26/04/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Hiburan, Selebriti
Tya Arifin Tak Sangka Dapat Berlakon Satu ‘Frame’ Dengan Biras Sendiri, Izara Aishah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan usahawan berjaya, Tya Arifin mengakui gementar  kerana tidak menyangka dapat bergandingan bersama birasnya, aktres terkenal Izara Aishah menerusi sebuah drama pendek berjudul Bagaikan Raya.

Menurut Tya, sepanjang bergelar menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara menjadi birasnya, ia adalah kali pertama mereka berlakon bersama.

“Saya teruja dan tidak sabar kerana ini kali pertama saya dan Izara bergandingan dalam sebuah drama.

“Saya agak gementar, sebelum ini sebagai satu keluarga, kami sudah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama cuma tidak sangka boleh berada satu ‘frame’ dengannya.

“Bagi saya Izara seorang pelakon yang hebat. Sangat senang bekerja dengannya, kalau tahu dari dahulu lebih baik kami berlakon bersama,” kongsi Tya.

Bercerita lanjut tentang drama pendek berkenaan, Tya yang juga pengasas jenama Mutyara menjelaskan, sudah menjadi tradisi syarikatnya menghasilkan sebuah karya yang unik khas untuk kempen raya sempena sambutan Aidilfitri.

Ini kali pertama Tya berlakon bersama Izara

Tahun sebelum ini pihaknya bergandingan dengan pelakon terkenal, Fauziah Nawi menerusi drama Sesudu Kebahagiaan, sementara tahun ini pihaknya memilih Izara Aishah untuk karya kedua.

Tambah Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid itu, ini adalah pengalaman pertamanya memegang watak berbeza iaitu menjadi orang utara.

“Ini kali pertama saya berlakon sebagai orang utara. Sebelum ini tiada yang menawarkan watak sebegitu, biasanya saya hanya mendapat watak orang Indonesia sahaja,” ujar Tya.

Sementara itu, Izara yang juga isteri kepada Adib Khalid mengakui teruja untuk bergandingan dalam sebuah naskhah bersama Tya yang penggambarannya dilakukan awal Ramadan lalu.

“Alhamdulillah, tidak berasa janggal dan saya gembira mungkin sebab sudah biasa dengan dia. Semuanya berjalan lancar.

“Sebenarnya, ini kali pertama juga saya melihat dia berlakon, seorang yang sangat teratur apabila bekerja,” tutur Izara yang akan menyambut raya di Kuala Lumpur pada tahun ini.

Izara teruja berganding dengan birasnya, Tya

Drama Bagaikan Raya diinspirasikan daripada kisah duka pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan insan tersayang.

Ia mengisahkan dua adik-beradik yang sangat rapat pulang ke kampung halaman  selepas dua tahun tidak dapat menyambut raya bersama.

Suasana gembira bertukar pilu apabila mereka tersedar akan hakikat bahawa kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Tya dan Izara mengharapkan drama pendek lakonan mereka sedikit sebanyak dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri peminat dan orang ramai.

Drama pendek Bagaikan Raya mula bersiaran pada 22 April lalu di Instagram Tya Arifin dan Izara Aisyah serta di saluran YouTube, The Tya’s Family.- BOOM!

Previous Post

Makin Kritikal, Jantung Aripah Damanhuri Dijangka Berhenti Bila-bila Masa

Next Post

Priyanka, Nick Jonas Pilih Nama Malti Marie Untuk Anak, Bawa Maksud Wangian Bunga

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd