Semalam warga maya rancak berbicara tentang lagu Gatal nyanyian Janna Nick dan dicipta oleh Aepul Roza berjaya menarik perhatian superstar antarabangsa iaitu PSY.
Mengulas tentang hal itu, Janna ketika dihubungi berkata, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dirasai sebaik mengetahuinya.
JANNA NICK
“Memang gembira sangat-sangat. Itu saja cara saya nak gambarkan perasaan saya sekarang ini.
“PSY kot… Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita?
“Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?” katanya teruja.
“Alhamdulillah tak sangka Gatal dapat perhatian sampai ke sana (Korea). Pengalaman baharu untuk saya sebagai pencipta.
AEPUL ROZA
“Plus, it was a great job from Janna dan juga marketing team dia,” kata vokalis Drama Band itu memberi ulasan ringkas.
Terdahulu, penyanyi dan rapper terkenal Korea Selatan berkenaan mengguna pakai lagu Gatal sebagai backsound entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hingga menarik minat peminat seluruh dunia mendengarnya. – BOOM!