Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[AUDIO] “Saya Sihat, Terima Kasih Sebab Tanya” – Kesihatan Kak Dib Mula Merosot Ketika Di GV-8

19/06/2022
Kapten Khaioleh Kapten Khai
in Eksklusif, Exposé, Selebriti
[AUDIO] “Saya Sihat, Terima Kasih Sebab Tanya” – Kesihatan Kak Dib Mula Merosot Ketika Di GV-8

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

“Ya ke? Saya belum baca lagi komen-komen itu. Saya sihat, terima kasih kerana bertanya,” kongsi Allahyarham Adibah Noor kepada BOOM! ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya sewaktu ditemui pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 8 (GV-8) yang lalu.

Semasa menjayakan konsert program realiti tersebut, Adibah kelihatan seperti kurang sihat sehingga ditegur oleh segelintir peminat yang prihatin akan keadaannya.

Bagaimanapun, Adibah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boom! Malaysia (@boom.malaysia)

Namun pendedahan yang dibuat oleh rakan seperjuangan arwah yang juga peserta GV-8 iaitu Ani Maiyuni ternyata mengejutkan.

Menurut Ani, pelantun Terlalu Istimewa itu telah lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat.

“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa dia dah lama menderita kanser,” katanya.

Malah, Allahyarhamah telah menitipkan pesanan buat Ani dan keluarga GV 8 untuk menyimpan rahsia tersebut memandangkan hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” katanya

Tambah Ani, keadaan Allahyarhamah juga semakin tidak menentu sejak penggambaran program GV Raya sebelum mendedahkan perihal sebenar kepada Ani dan beberapa rakan seangkatan yang lain.

“Masa nak shooting GV raya, dia dah mula kerap demam dan selepas itu dia ditempatkan di wad untuk rawatan dalam jangka masa yang agak lama.

“Kami pun rasa pelik kenapa lama sangat adakah sebab covid? Bila kami tanya secara peribadi, ketika itu dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

“Jadi ketika itu dia sedang berpantang. Dia nak rehat dahulu dan tak nak terima mana-mana tetamu. Jemputan nyanyian dan acara pun dia tolak secara baik,” ujar Ani ketika dihubungi BOOM!

Jelas Ani lagi lagi, muat naik Adibah di media sosial yang memperlihatkan susuk fizikalnya yang kurus adalah gambar Allahyarham terkini selepas berehat daripada selesai menjalani pembedahan.

Adibah yang berusia 52 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.

Menurut sumber terdekat, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ansar, Keramat pada jam 9 pagi Ahad untuk dimandi dan disolatkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai, Kuala Lumpur sekitar 10:30 pagi. – BOOM!

Previous Post

10 Karya Adibah Noor Paling BOOM!

Next Post

Tolak Masuk TV, Rupa-Rupanya Hari Ini Tarikh Kak Dib Masuk ‘Rumah Baharu’

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd