Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] Syed Saddiq Mahu Kadar Cukai Hiburan Dipotong Demi Lonjakan Industri Filem Malaysia

01/07/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Exposé, Filem, Selebriti
[VIDEO] Syed Saddiq Mahu Kadar Cukai Hiburan Dipotong Demi Lonjakan Industri Filem Malaysia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Baru-baru ini tular berita mengenai kutipan filem Mat Kilau yang sudah mencecah RM12 juta pada ketika itu, tetapi dikatakan belum mendapat pulangan modal iaitu sebanyak RM8 juta.

Ramai netizen yang hairan dengan perkiraan itu sedangkan jumlah kutipan kasar telah melebihi jumlah modal dikeluarkan.

Menurut perkongsian Mawi di Instagram, dia mendedahkan bahawa tidak semua kutipan itu akan dapat kepada penerbit kerana pengeluar perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus.

Selain dari cukai hiburan, penerbit juga perlu membayar 50 peratus dari jumlah kutipan tiket kepada pihak pawagam pada minggu pertama filem ditayangkan. Untuk minggu-minggu berikutnya peratusan pembahagian itu akan meningkat.

Fenomena filem Mat Kilau turut mendapat perhatian YB Syed Saddiq dan telah memuatnaik video berkaitan filem ini di akaun media sosialnya.

Dalam video berkenaan, Syed Saddiq telah menjelaskan situasi pembikin filem tempatan berkaitan cukai hiburan.

Beliau turut memberi tiga cadangan untuk mengubah polisi cukai hiburan demi memajukan industri perfileman tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boom! Malaysia (@boom.malaysia)

“Cadangan saya yang pertama, kena potong cukai hiburan bagi industri tempatan. Di Malaysia, cukai kita antara yang tertinggi iaitu sebanyak 25%. Di Singapura dan Indonesia tak sampai 10% pun.

Kedua kutipan cukai hiburan wajib disalurkan semula kepada tabung industri seni negara. Kini cukai itu disalurkan untuk cat pagar, tar jalan, tanam pokok dan sebagainya. Ia mesti digunakan untuk tujuan yang spesifik,” katanya.

Katanya lagi dalam video itu, poster-poster filem tempatan tidak pernah kelihatan di papan iklan di tepi jalan.

“Saya bila pergi ke pawagam tengok filem Mat Kilau, nak tangkap gambar dengan Mat Kilau dan Awang pun tak ada, sebab poster pun tak ada. Ini kerana modal tidak mencukupi,” katanya.

Cadangannya yang ketiga pula adalah untuk menginstitusikan kebajikan kru yang terlibat dengan kerja perfileman.

“Jangan sekadar melihat para pelakon sahaja. Jangan lupa ada kru yang kerja lebih masa tetapi tidak dibayar. Gaji lambat dan tiada insurans. Yang buat lagu royalti tidak dibayar,” katanya.

Katanya lagi apa yang lebih penting adalah kontrak tidak boleh berat sebelah. Hak pencipta lagu dan filem perlu kekal di tangan pengkarya.

“Lihat sahaja nasib arwah Tan Sri P Ramlee. Bagi pencinta seni tanah air, mari bersama desak untuk perubahan melalui polisi,” katanya.

Sementara itu di bahagian komen video berkenaan, kelihatan ratusan netizen bersetuju dengan cadangan Syed Saddiq terutamanya para penggiat seni tanah air seperti Haji Zil, Emma Maembong, Nad Zainal dan ramai lagi. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Aku Bukan Jodohnya…” – Muncul Di Mahkamah, Shuk Sahar Bakal Ceraikan Sera?

Next Post

“Saya Diserang Bell Palsy” – Lama Menyepi, Ippo Hafiz Muhasabah Diri

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd