Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tak Sihat, Bawa Ubat Ke Pentas Konsert Fabulous Friday: Wings, Suara Awie Tetap Padu

16/07/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Konsert, Selebriti
Tak Sihat, Bawa Ubat Ke Pentas Konsert Fabulous Friday: Wings, Suara Awie Tetap Padu

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Biarpun terpaksa membawa ubat di atas pentas kerana kurang sihat, penyanyi rock terkenal Datuk Awie tetap meneruskan persembahan malam kedua Konsert Fabulous Friday: Wings Di DFP yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Jumaat.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan, beliau enggan memungkiri janji dengan peminat Wings yang telah membeli tiket.

Justeru, masalah kesihatan bukannya alasan untuk tidak memberi persembahan terbaik buat peminat.

“Sakit bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Minta maaf andai kata saya ada kurang pada mana-mana bahagian. Saya cuba sehabis baik untuk semua.

“Semestinya saya kecewa kerana kami telah berlatih bersungguh-sungguh selama sebulan lebih, malangnya saya tidak sihat pada malam persembahan,” ujarnya.

Menurut Awie, beliau juga telah mendapatkan rawatan di hospital kerana kurang sihat selepas selesai mengadakan konsert pada malam pertama.

Datuk Awie tetap melakukan persembahan walaupun tidak sihat.

“Sebenarnya saya kurang sihat dan telah ke hospital semalam (Khamis) selepas membuat persembahan. Namun, ketika ini ramai yang sakit sehinggakan tidak cukup katil.

“Pelbagai bekalan ubat telah saya bawa ke atas pentas. Tangan saya juga kejang ketika membuat persembahan pada malam kedua ini.

“Lagu kegemaran saya adalah Gema Di Indraloka namun, saya gagal beri yang terbaik. Saya kurang kecewa dan berpuas hati dengan persembahan saya pada malam ini,” kata Awie ketika di atas pentas.

Dalam Konsert Fabulous Friday yang berdurasi selama dua jam, Wings mempersembahkan sekitar 17 buah lagu. Meskipun kesihatannya sedikit terganggu, vokal Awie tetap padu dan mampu menyampaikan lagu-lagu bernada tinggi dengan baik.

Antara lagu yang didendangkan adalah, Satelit Puaka, Kuburkan Aku, Lubuk Pusing, Mabuk 7 Lautan, Aku Pun Tahu, Hukum Karma, Jerangkung Dalam Almari, Jumpa Hilang, Gema Di Indraloka, Sekeping Kertas Bermaruah dan Gemuruh.

Wings melakukan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Tidak ketinggalan, Wings turut menghiburkan peminat dengan lagu Dalam Kehadiran Sofea, Opera Hidup, Ingatkan Dia, Rock N Roll Lu Punya Suka, Harapan dan Sejati.

Untuk rekod, tiket Konsert Fabulous Friday: Wings Di DFB yang dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd. telah habis terjual dalam tempoh hanya 15 minit. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Siapa Yang Sihirkan Cik B? Aku Nak Buang Sial!” – Vida Enggan Dedah Aib Si Pelaku

Next Post

“Saya Akan Buat Yang Terbaik” – Sajat Tak Sangka Lolos Uji Bakat Jadi Model Di Australia

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mila Kunis Kini Urus Aduan Sampah, Bunyi Bising Penduduk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd