Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Saya Tabik Ellie!” – Khatijah Tan Tekad, Datang Set Lakonan Tanpa Persediaan

30/07/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Eksklusif, Filem, Selebriti
[VIDEO] “Saya Tabik Ellie!” – Khatijah Tan Tekad, Datang Set Lakonan Tanpa Persediaan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2002, Khatijah Tan pastinya mempunyai alasan tersendiri apabila tekad melangkahkan kaki ke set filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka tanpa sebarang persediaan.

Hal itu diakui Khatijah ketika kunjungan BOOM! ke lokasi penggambaran naskhah berkenaan di Kampung Sauk, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

“Saya tak pernah buat begini, datang ke set, berlakon dengan tangan kosong dan tanpa persediaan,” katanya memulakan bicara.

Khatijah Tan tidak membuat persiapan menjadi Saadiah. 

Membawakan watak Saadiah pada era 2012, Khatijah menganggap lakonannya kali ini satu cabaran besar apabila melakonkan karakter yang sememangnya wujud.

“Susah bila kita lakonkan watak ini sebab orang akan bandingkan saya dengan Saadiah sebenar. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenalinya.

“Jujurnya bila saya diberikan skrip oleh pengarah, Ellie Suriaty dan saya baca, air mata saya mengalir deras dan menusuk ke jiwa kerana cerita ini sangat besar.

“Saya beritahu Ellie, saya tak buat persiapan. Selalunya saya akan bersedia dan buat kajian terhadap watak saya, tapi kali ini tidak,” katanya.

Tambahnya, dia menyerahkan kepada Ellie untuk membentuk dirinya menjadi Saadiah dan tidak mahu penonton melihat dirinya sebagai Khatijah Tan.

Baginya, Ellie berjaya tonjolkan keupayaan yang jauh tersimpan dalam dirinya meskipun julung kali bekerja di bawah arahan wanita terbabit.

Khatijah Tan hormat Ellie.

“Saya tabik Ellie! Dia ada sesuatu yang pengarah lain tiada. Dia pandai gali dan korek apa yang seseorang pelakon itu miliki.

“Jujurnya, saya sudah banyak bawa watak sedih, tetapi kali ini sangat halus. Ia menggambarkan seorang wanita yang mencintai dan merindui suaminya. Namun pada masa sama, perasaan itu menyakitkan,” ceritanya.

Malah kongsi pelakon yang sudah membintangi hampir 50 buah filem dan ratusan drama itu, suaminya sendiri memuji lakonannya selepas menonton sedutan babaknya sedang mengayuh basikal.

“Sewaktu menjayakan adegan itu, bulu roma saya naik. Suami susah nak puji, tetapi dia akui yang dilihatnya bukan Khatijah Tan, tetapi Saadiah,” katanya tersenyum.

Khatijah berkata, pengalaman menjayakan filem itu memberikan sesuatu yang baharu dari aspek penghayatan dan emosi kerana nakshahnya menuntut komitmen tinggi.

Saadiah diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis yang berbasikal setiap hari selama 37 tahun untuk menghantar makanan kepada suaminya, Allahyarham Alias Nik Daud yang hakikatnya sudah tiada.

Ini kerana, Alias meninggal dunia pada 1975 setelah terkorban akibat diserang hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh itu turut dilakonkan oleh Azrel Ismail (Alias) dan Kaka Azraff (Saadiah 1975).

Mengikut perancangan, ia dijadualkan menjengah pawagam pada tahun hadapan bersempena sambutan Hari Polis atau Hari Pahlawan. – BOOM!

Previous Post

“Salam Jumaat Bidadari Syurga” – Genap Setahun Sarah Pergi, Setiap Hari Shuib Teringatkan Arwah

Next Post

“Kau Ingat Dia Nak Ke Nyanyi Macam Tu?” – Hattan Simpati Nasib Menimpa Ning Baizura

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd