Bakal melancarkan lagu terbaharu, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini mengundang kecaman khalayak apabila bergelek sakan dalam satu klip yang tular di media sosial.
Menerusi sedutan rakaman belakang tabir pembikinan video muzik rasminya itu, kelihatan Aliff bersama Baby Shima yang dipercayai menjadi pasangan duetnya kelak.
Melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu di ruangan kapsyen entri tersebut, kata Aliff video muziknya diolah dengan konsep K-pop.
“Artis nombor satu nak menyanyi, please beri laluan. Ada yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu Malaysia?
“Konsep macam K-pop dan bakal kalahkan BTS serta Blackpink. Nantikan!” tulisnya.
Pun begitu di ruangan komen, rata-rata warganet kurang berkenan melihat penampilan dan gelagat kedua-duanya.
“Yang bukan-bukan je diorang berdua ni!”
“Sesuai sangatlah tu, dua-dua suka kontroversi dan raih publisiti murahan.”
“Kesian anak bini dia ni… Entah apa lah yang dia fikirkan?”
Terdahulu, Aliff pernah mencetus kontroversi dalam setiap lagu dan video muzik yang dikeluarkannya termasuklah menyelitkan elemen LGBT. – BOOM!