Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kevin Oh Gubah Lagu Khas Sempena Perkahwinannya Dengan Gong Hyo-jin Oktober Ini

18/08/2022
Noona Dijaoleh Noona Dija
in Global, Selebriti
Kevin Oh Gubah Lagu Khas Sempena Perkahwinannya Dengan Gong Hyo-jin Oktober Ini

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Aktres Gong Hyo-jin yang lakonannya dapat ditonton menerusi drama bersiri Master’s Sun, bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Kevin Oh.

Hyo-jin, 42, dan Kevin, 32, mula menjalin hubungan cinta pada April tahun ini, mengumumkan akan mengadakan majlis perkahwinan mereka di New York, Oktober ini.

Agensi pengurusan Hyo-jin mengeluarkan kenyataan rasmi pada 17 Ogos 2022 berkaitan berita perkahwinan artis mereka itu.

“Hello, Ini pihak pengurusan SOOP. Kami ingin berkongsi berita gembira tentang aktres Gong Hyo Jin yang akan memulakan fasa baharu dalam kehidupannya bersama dengan Kevin Oh.

“Mereka akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada Oktober ini, hanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat saja yang dijemput.

“Kami harap peminat faham situasi mereka yang tidak dapat mengumumkan tarikh dan lokasi majlis perkahwinan pasangan tersebut secara terperinci.

“Hyo Jin dan Kevin mohon restu dan sokongan daripada peminat untuk mereka memulakan kehidupan baharu. Terima kasih,” memetik kenyataan daripada pihak pengurusan.

Susulan kenyataan rasmi tersebut, Kevin pula secara peribadi berkongsi nota muzik lagu ciptaannya yang digubah khas untuk bakal isterinya di media sosial.

Selain itu, Kevin juga sempat memuat naik nota luahan hatinya untuk tatapan ramai.

“Sepatutnya saya menulis nota ini dalam bahasa Korea tapi nota ini terlalu peribadi bagi saya. Adalah lebih mudah saya menulis dalam bahasa yang saya senangi.

“Dua tahun lalu, saya bertemu seorang wanita. Cinta kami amat ‘menggerunkan’ tapi kami berjaya buktikan bahawa apa pun yang berlaku, kami perlu antara satu sama lain.

“Dalam dirinya, saya temui seorang sahabat dan teman sejiwa. Tak lama lagi saya sudah boleh memanggilnya, isteriku. Musim luruh ini kami akan berkahwin di kampung halaman saya.

 

“Saya tahu, saya telah ‘mencuri’ seorang aktres yang disayangi oleh rakyat Korea dan sepatutnya majlis perkahwinan tersebut sesuai di lakukan di hadapan peminatnya. Tapi atas sebab kepentingan diri, saya mahu meraikan hari bahagia kami bersama keluarga. Saya harap anda semua faham.

“Saya rasa diri dihargai bila ada orang seperti kamu di sisi saya. Kamu telah memberikan pelbagai kenangan yang tak dapat dilupakan, kamu sentiasa bersama saya di kala susah dan senang.

“Kamu mengajar saya supaya menjadi orang yang lebih baik dan banyak memberi. Buat masa sekarang saya sedang menyiapkan sebuah lagu dan harap dapat kongsi dengan para peminat tidak lama lagi. Terima kasih,” tulis Kevin.

Hyo Jin yang mula berlakon pada 1999 telah muncul dalam banyak drama hit, antaranya, Pasta, The Greatest Love, It’s Okay, That’s Love, The Producers, Don’t Dare To Dream, Jealousy Incarnate dan When The Camellia Blooms.

Sementara Kevin pula, merupakan pemenang untuk program Superstar K musim ketujuh dan menyertai program realiti Super Band. – BOOM!

Previous Post

“Geram Bila Ramai Kata Saya Ahli Neraka” – Ifa Raziah Sengaja Rakam Dirinya Sedang Solat

Next Post

“Perniagaan Ini Hasil Kerja Keras Saya Sendiri” – Jovian Mandagie Nafi Guna Pengaruh Ismail Sabri

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd