Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Dah Semak” – Diiktiraf Individu Paling Berjaya, Dr Fitri Haris Nafi Jadi Mangsa Scammer

28/08/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
“Saya Dah Semak” – Diiktiraf Individu Paling Berjaya, Dr Fitri Haris Nafi Jadi Mangsa Scammer

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kejayaan penyanyi Dr Fitri Haris yang tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia menerusi buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022 didakwa sebagai penipuan.

Menjawab kenyataaan tersebut, kata Fitri dia sudah menyemak kesahihan badan yang memberi pengiktirafan tersebut sekaligus menafikan dakwaan ia dibeli.

“Semestinya saya sudah semak dahulu dengan pakar. Pengiktirafan tersebut dari badan profesional yang berpengkalan di United Kingdom.

“Tidak wujud unsur penipuan seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Fitri juga mmeberitahu kekeliruan mungkin disebabkan ada pihak yang kurang faham tentang pengiktirafan dari buku tersebut.

Justeru orang mudah tersalah anggap dan jika benar ia satu penipuan, pastinya Fitri sendiri tidak akan berkongsi kepada umum.

Dr Fitri Haris diiktiraf sebagai individu paling berjaya di Malaysia.

“Saya ada baca komen-komen tentang pengiktirafan yang diterima. Orang sebenarnya salah anggap kerana ia bukanlah satu anugerah. Sebaliknya pengiktirafan menerusi kejayaan saya sendiri.

“Dalam buku itu ada banyak segmen dan saya tersenarai dalam kategori seni dan media,” ujarnya.

Terdahulu seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Salwa Mohd Salleh mendedahkan ibunya pernah mendapat panggilan sama daripada pihak BritishPedia yang ingin menyenaraikan wanita itu dalam senarai sebagai 100 rakyat Malaysia paling berjaya pada tahun 2020.

“Emak punya soalan mudah sahaja iaitu ‘apa yang membuatkan anda fikir saya berjaya?’ Itu pun pemanggil tak dapat hendak menjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Salwa mendakwa pihak BritishPedia memang pernah menyenaraikan profil seperti Tun Dr Mahathir Mohamed, Tan Sri Tony Fernandez sebagai umpan bagi memperdayakan mangsa.

Malah alamat yang kononnya berpangkalan di London tidak diketahui sama ada wujud atau pun sebaliknya.

“Orang kita ini mudah sangat makan umpan. Upah staf yang boleh slang ‘Mat Salleh’. Kita pula percaya dan rasa terharu,” ujarnya.

Dakwa Salwa lagi, penerima pengiktirafan juga perlu membeli buku berkenaan dalam jumlah tertentu memandangkan ia tidak dijual di kedai.

“Percayalah, entah berapa ribu orang dapat panggilan ini setiap tahun. Cuba buat carian di Twitter atau di mana-mana, fasal scam mereka ini,” ujarnya.

Salwa bagaimanapun memberitahu tidak mempertikaikan pencapaian Fitri namun berharap penyanyi itu lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Dr Fitri Haris merupakan ahli kumpulan nasyid UNIC.

Ini terang-terangan scam terancang yang buat siapa-siapa yang dapat panggilan itu rasa kembang hidung dan lupa hendak semak apa kejayaan mereka sebenarnya yang sampai layak jadi 100 orang paling berjaya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Fitri menerusi satu edaran kenyataan media memberitahu dia perlu menjalani temu bual tiga bulan lalu untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum layak menerima ‘certificate’ dan dimasukkan dalam ensiklopedia.

Kata Fitri, pengiktirafan itu akan dimuatkan dalam Ensiklopedia BritishPedia 2022 yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Sumber: mStar

Previous Post

Baru Tiga Hari Ditayangkan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Berjaya Raih RM6 Juta

Next Post

Aaron Chia-Wooi Yik Rangkul Kejuaraan Dunia, Boon Heong Tanya – “Cuti Ke Esok?”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd