Ditanya penglibatannya dalam aktiviti berkuda, juara program realiti Big Stage 2018 itu berkata, ia mengajarnya bersedia mempelajari ilmu baharu, di samping memupuk sikap sentiasa bersabar.
“Bukan sahaja dalam berkuda, tetapi perkara lain yang kita buat juga. Setiap hari sebenarnya kita belajar hal-hal yang baharu dan belajarlah memperbaiki diri daripada kesilapan,” katanya lagi. – BOOM!