Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Awak Keluar Dulu” – Ungkapan Terakhir Mangsa Nahas Yang Rentung Kepada Suami

17/10/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra
“Awak Keluar Dulu” – Ungkapan Terakhir Mangsa Nahas Yang Rentung Kepada Suami

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mangsa nahas yang ditemukan rentung dalam kemalangan di Sedenak, Johor sempat menyuruh suaminya keluar dahulu setelah ditarik oleh orang ramai melalui tingkap bahagian penumpang belakang.

“Awak keluar dulu,” itulah ungkapan terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada Redzuan Jamil sejurus kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

BACA: [VIDEO] “Sayang, Saya Tak Tinggal Awak” – Nana Saksi Insiden Isteri Rentung Depan Mata Suami

Redzuan suami kepada mangsa terbakar

 

“Namun cubaan saya menyelamatkan isteri dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan tidak berjaya kerana isteri tersepit di tempat duduk hadapan.

“Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.

“Walaupun api marak, namun saya tidak merasa bahang panas api malah isteri juga tidak memanggil nama saya apatah lagi meraung selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dahulu,” katanya.

Semalam, tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Rakaman video daripada warga net

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan lima kenderaan di lebuh raya berkenaan.

Identiti seorang lagi mangsa yang maut dari kenderaan jenis lori Isuzu masih belum dapat dikenal pasti.

Menceritakan detik-detik kemalangan berlaku, Redzuan yang mengalami kesan melecur di muka berkata, semuanya bermula selepas berlaku kesesakan di lebuh raya berikutan kemalangan yang berlaku berhampiran kawasan itu.

“Ketika itu semua kenderaan berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan kereta saya serta dua lagi dilanggar dengan kuat.

“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan merempuh kereta dinaiki kami sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta,” katanya.

Redzuan yang juga ejen insurans berkata, ketika kejadian malang itu, dia dan isterinya baru selesai bertemu pelanggan di Kluang.

Rakaman video sewaktu kejadian

Katanya, beliau dan isteri dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menyaksikan JDT menentang Sabah FC.

“Namun saya tidak menyangka insiden memilukan ini pula menimpa kami,” katanya.

Redzuan berkata, dia sering membawa isterinya ke mana sahaja termasuk ketika urusan bertemu pelanggan.

“Kami memang akan berdua ke mana sahaja sejak berkahwin tiga tahun lalu termasuk atas urusan kerja.

“Saya tidak menyangka isteri akhirnya pergi dengan cara begini,” katanya tidak dapat menahan sebak. – BOOM!

Previous Post

Enam Kali Lakukan Gangguan Seksual, Rex Orange County Cari Jalan Bersihkan Nama

Next Post

Babak Panas Shima | Aiman Tino Masuk Wad | Nana Saksi Kejadian | Naim Nak Kahwin

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ruhainies Dedah Sebab Tak Maki Balik Haters Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Apa, Benda Dah Jadi… Saya Tak Boleh Ulas” – Respons Syazwani, Pembaca Berita Astro Awani

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Bukannya Aku Tepuk Buntut Laki Kau!” – Ifa Raziah Akui Rakam Video Untuk Viral

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Luna Maya & Maxime Bouttier Selamat Bernikah, Tapi Ini Pendedahan Mengejut Daripadanya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Benny Blanco Didakwa Curang, Selena Gomez ‘Unfollow’ Rakan Baik Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Gila Ya, Gila Ya!” – Maxime Bouttier Tak Sangka Luna Maya Kini Jadi Isterinya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ruhainies Dedah Sebab Tak Maki Balik Haters Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘If I Wanted To Snag A Rich Guy, I’d Have Done It Long Ago’ – Diana Danielle Claps Back At Netizen’s Snarky Comment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jonathan Frizzy Terpalit Kes Vape ‘Ubat Keras’, Setiakah Ririn Di Sisi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jefri Nichol Cium Kaki Ameera Khan, Romantis Atau Terlebih?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “TV Tiba-Tiba Menyala, Suara Macam Tentera Jalan!” – Kediaman Mewah Atta Halilintar Berhantu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Kata Saya Menyund*l” – Bekas Kekasih Dedah Perbualan Panas Dengan Ammar Alfian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Memang Saya” – Saiful Apek Akui Dirinya Individu Ditahan Polis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]“Ini Baru Datin Seri, Bukan Mak Cik!” – Aliff Syukri Belanja RM1.5 Juta Hadiahkan Emas Buat Isteri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ayash Nak Jadi Abang Ke?” – Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Drama Syawal 2025 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Yang Nak Lihat Saya Jatuh” – Aina Abdul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd