Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Hampir Lemas, Shiha Fobia Naik Kapal Terbang – “Rasa Macam Nak Mati Bila Rentas Laut!”

18/10/2022
Noona Dijaoleh Noona Dija
in Ekstra, Selebriti
Hampir Lemas, Shiha Fobia Naik Kapal Terbang – “Rasa Macam Nak Mati Bila Rentas Laut!”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan, dia sanggup menolak beberapa tawaran kerja lumayan kerana enggan menaiki kapal terbang.

Menurut Shiha, 35, dia bukannya sengaja menolak rezeki, sebaliknya gagal mengawal ketakutan gara-gara penyakit keresahan melampau atau anxienty disorder yang dialaminya.

Perasaan takut menaiki kapal terbang punca Shiha Zikir tolak banyak tawaran pekerjaan.

“Naik kapal terbang seolah-olah mahu menggadai nyawa. Rasa macam nak mati!” akuinya berkongsi perasaan dirasai.

Tambah Shiha, masalah tersebut bertambah parah sejak sekian lama tidak menaiki kapal terbang disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dua tahun kebelakangan ini.

“Dulu saya kerap berulang-alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Orang luar nampak saya tenang saja, hakikatnya hanya Allah saja yang tahu.

“Tetapi syukurlah insan-insan terdekat dengan saya amat memahami permasalahan ini dan sering membantu sekiranya diserang panik.

 

“Kerana rasa takut, saya takkan makan atau minum, cuma tunggu masa mendarat saja. Sebab itu saya lega apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tak perlu nak terbang ke mana-mana,” akuinya.

Tambah Shiha, keresahan melampau tersebut timbul bukan sebab dia takutkan ketinggian berada di awan biru, sebaliknya disebabkan terlalu takutkan air dek trauma hampir lemas sewaktu kecil.

“Bukannya takut mati kalau terhempas, tetapi saya fobia dengan laut. Pesawat akan terbang merentasi laut, itu yang buat saya takut.

Shiha Zikir meluahkan perasaannya tentang ketakutan pada air dan bukanlah kapal terbangnya terhempas.

“Jika ada program televisyen atau penggambaran drama yang melibatkan air, awal-awal saya akan tolak.

“Sekarang ini jika dapat tawaran, waima jauh mana sekali pun, saya sanggup naik kenderaan darat walau terpaksa tempuh jarak perjalanan berjam-jam lamanya,” ujar Shiha.

Dalam perkembangan terkini, buat julung kalinya penyanyi lagu Erama itu bakal beraksi di pentas Istana Budaya membintangi teater muzikal Jula Juli Bintang Tujuh pada 29 dan 30 Oktober ini.

Membawa watak Puteri Bongsu, naskhah arahan Zaifri Husin itu turut membariskan beberapa pelakon lain termasuk bekas vokalis Exist iaitu Ezad Lazim. – BOOM!

Previous Post

Aiman Tino Semakin Pulih, Tabiat Hisap Vape Disyaki Penyebab Kuman Jangkiti Paru-paru

Next Post

Tok Ti Buat Kejuatan, Muncul Selaku Duta Farm Fresh – “Nyanyi Lagu Susu Pun Sedap!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd