Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Dia Bintang Legenda Dan Paling Kami Minat” – Sheila Majid Tetamu Istimewa Padi Reborn

19/10/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Global, Konsert, Selebriti
“Dia Bintang Legenda Dan Paling Kami Minat” –  Sheila Majid Tetamu Istimewa Padi Reborn

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Sempena dengan konsert 25 Tahun Padi Reborn Live In Kuala Lumpur pada 3 Disember depan, kumpulan Padi mengumumkan mereka bakal berkongsi pentas dengan Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.

Jelas Piyu selaku pemain gitar Padi Reborn, pemilihan Sheila adalah tepat. Selain bintang legenda, mereka secara peribadi turut meminati penyanyi lagu Sinaran itu.

Padi adalah salah satu kumpulan pop rock yang berasal dari Indonesia.

“Sebenarnya kami mempunyai beberapa pilihan penyanyi untuk berkolaborasi bersama namun, akhirnya kami memilih Sheila kerana beliau seorang penyanyi legenda Malaysia.

“Selain itu, secara peribadi kami juga peminat beliau. Jadi, konsert ini benar-benar sangat istimewa buat kami.

“Sebelum ini kami pernah berkolaborasi bersama pada 2005 dalam sebuah persembahan tertutup. Kemudian, pada 2018 pada acara sambutan tahun baru di sebuah stesen TV di Indonesia.

“Namun, ini kali pertama kami bergandingan dalam sebuah konsert berskala besar,” ujar Piyu.

Sementara itu, Sheila juga meluahkan rasa terharunya apabila diundang bagi menjayakan konsert yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur itu.

Sheila Majid dipilih sebagai penyanyi undangan Padi Reborn.

“Saya berbesar hati atas undangan pihak Padi Reborn dan penganjur, Qew Comm untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke-25 mereka pada konsert itu nanti.

“Seingat saya, kami belum pernah berkolaborasi dalam mana-mana konsert atau persembahan besar.

“Tetapi pernah terlibat sama menjayakan sebuah acara sempena sambutan tahun baharu di Yogyakarta pada 2018.

“Saya berharap peminat akan hadir dan sama-sama menyaksikan kerjasama perdana kami dalam konsert ini.

“Mengenai lagu, perlu tunggu dan lihat kerana ini juga elemen kejutan buat peminat. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan,” kata Sheila merahsiakan lagu yang akan didendangkannya kelak.

Dalam pada itu, Pengarah Qew Comm, Datin Rahizahwati Yahya selaku penganjur mendedahkan, separuh daripada keseluruhan tiket telah terjual waima berlaku lambakan konsert di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat.

“Alhamdulillah tiket sudah lebih separuh terjual. Kami mengharapkan menjelang tarikh konsert, semuanya habis.

“Saya maklum sambutan penonton akan terpecah memandangkan konsert lain turut diadakan dalam masa sama. Tetapi saya percaya konsep dibawakan Padi memiliki keistimewaan tersendiri,” katanya penuh yakin.

Harga tiket bagi konsert Padi pada 3 Disember 2022.

Terdahulu, kumpulan Padi Reborn yang dianggotai oleh Piyu (gitar), Fadly (vokalis), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) berkata demikian ketika sesi temu bual maya yang diadakan semalam.

Kumpulan Padi Reborn cukup popular dengan untaian lagu seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah dan Menanti Sebuah Jawaban.

Buat peminat yang ingin mendapatkan tiket berharga antara RM199 sehingga RM6,000 (VIP), boleh layari laman web www.ticket2u.com.my untuk membelinya. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Ingat Aku Kafir Ke?” – Aaron Aziz Sanggah Tuduhan Cacah Tatu Salib Di Leher

Next Post

[VIDEO] 15 Tahun Menghilang, Waheeda Kembali Jayakan Projek Bersama Bienda?

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd